16 August 2015

Chocolate Chip Fudge Cupcake

Assalamualaikum semua.

Saja nak share pasal satu lagi resipi cupcake yang Mama baru jumpa.
Setakat bulan Syawal ni, dah dua kali buat cupcake ni.
Mula-mula masa Mama buat open house untuk geng ngaji;
kali kedua masa Taman Tasik Putra jadi tuan rumah untuk Majlis Hari Raya Mukim Belanja.

Cara membuatnya agak senang, level baru kenal oven dan mixer pun boleh buat punya :)
Resipi cupcake ni diinspirasikan dari blog Intai Dapur.
Dipersilakan intai-intai blog beliau, sebab ada banyak resipi best-best!

---

CHOCOLATE CHIP FUDGE CUPCAKE
3 adunan = 50 biji cupcake saiz M

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan chocolate chip
1 biji telur (pukul sedikit)
*sedikit garam (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat. Kemudian gaul sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu, dan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam campuran minyak.
  5. Gaul sebati kesemuanya; masukkan chocolate chip.
  6. Tambahkan garam secukupnya. Gaul sehingga semua sebati.
  7. Sudukan bancuhan ke dalam paper cup (yang dah disusun dalam tray membakar).
  8. Taburkan chocolate chip (atau apa-apa yang lain--ikut citarasa masing-masing).
  9. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit pada suhu 170°C.
So far, semua orang suka (yay!).
Even makcik-makcik dekat taman ni pun kata cupcake nya tidak lah manis sangat.
Rasanya semacam Twiggies tapi kurang manis dan takde inti coklat.
Tapi ada banyak sangat chocolate chip.
Kitorang kalau tabur chocolate chip memang tak kedekut. :p

Chocolate Chip Fudge Cupcake untuk 'open taman'

Selamat mencuba!



20 February 2015

Muffin


Minggu lepas ada buat muffin 200 biji, tempahan dari Nadia untuk majlis perkahwinannya pada 14 Februari yang lepas. Kitorang buat muffin perisa oren dan perisa vanilla. Yang vanila tu kitorang letak chocolate chip.

Muffin tu kitorang kira RM0.80 sebiji, campur dengan plastic casing RM0.20, so total RM1.00 semuanya.

Hari Jumaat tu kelam kabut nak pergi hantar so tak sempat nak ambil gambar muffin yang dah siap pack dalam plastic casing. Gambar yang atas tu je lah yang hado.

Muffin ni agak besar sebenarnya, rasa macam murah pulak dikira RM0.80 sebiji. Nak-nak masa tu kitorang baru lepas tengok muffin yang dijual kat KLIA dengan harga RM8.80 sebiji! Harga macam langit dan bumi. Tapi yelah, mana boleh banding KLIA dengan Tronoh. Kat KLIA memang la mahal, kan. So next time mungkin kitorang akan pakai papercup yang kecik siket, tapi dengan harga yang sama.

---



Yang atas ni pulak muffin kitorang buat dah zaman tok kaduk, tapi lupa nak upload dalam blog, hehe.
Ini muffin pisang with chocolate rice kalau tak silap.
Lepas tu ade buttercream frosting dengan deco chocolate chip.
Bila dah siap frosting tu rasa macam best pulak sebab hasilnya boleh kira okay lah jugak, haha.

Okes, itu sahaja sekian wassalam. :)