16 August 2015

Chocolate Chip Fudge Cupcake

Assalamualaikum semua.

Saja nak share pasal satu lagi resipi cupcake yang Mama baru jumpa.
Setakat bulan Syawal ni, dah dua kali buat cupcake ni.
Mula-mula masa Mama buat open house untuk geng ngaji;
kali kedua masa Taman Tasik Putra jadi tuan rumah untuk Majlis Hari Raya Mukim Belanja.

Cara membuatnya agak senang, level baru kenal oven dan mixer pun boleh buat punya :)
Resipi cupcake ni diinspirasikan dari blog Intai Dapur.
Dipersilakan intai-intai blog beliau, sebab ada banyak resipi best-best!

---

CHOCOLATE CHIP FUDGE CUPCAKE
3 adunan = 50 biji cupcake saiz M

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan chocolate chip
1 biji telur (pukul sedikit)
*sedikit garam (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat. Kemudian gaul sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu, dan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam campuran minyak.
  5. Gaul sebati kesemuanya; masukkan chocolate chip.
  6. Tambahkan garam secukupnya. Gaul sehingga semua sebati.
  7. Sudukan bancuhan ke dalam paper cup (yang dah disusun dalam tray membakar).
  8. Taburkan chocolate chip (atau apa-apa yang lain--ikut citarasa masing-masing).
  9. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit pada suhu 170°C.
So far, semua orang suka (yay!).
Even makcik-makcik dekat taman ni pun kata cupcake nya tidak lah manis sangat.
Rasanya semacam Twiggies tapi kurang manis dan takde inti coklat.
Tapi ada banyak sangat chocolate chip.
Kitorang kalau tabur chocolate chip memang tak kedekut. :p

Chocolate Chip Fudge Cupcake untuk 'open taman'

Selamat mencuba!