Setiap kali raya, mesti buat dua jenis kuih raya seperti di atas. :)
06 August 2013
05 July 2013
Agar-agar Karamel Coklat
Kali ni saya nak share resipi puding feveret famili kitorang. Puding ni dibuat atas permintaan Opah sendiri sempena kenduri doa selamat besok. Sebagai anak mithali, Mama saya pun buatkan spesyel untuk beliau. Seperti biasa saya lah orang yang akan meng-uplodkan resipi ke dalam blog.
Puding ni saya pernah bawak masa jamuan form 5 dulu, dan menerima sambutan hangat baik di kalangan guru-guru mahupun rakan sekelas, ehe. Kombinasi warna kuning dan coklat tu sungguh menggoda mata yang melihatnya. Tipulah kalau anda kata anda tidak tergoda. :P
Sumber: Aneka Puding Agar-agar (Selenggaraan Sa'adiah Mohamad) Terbitan Alaf 21
Bahan-bahan:
1 1/2 peket agar-agar
8 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung jagung dan 1/2 cawan air - dibancuh
1/2 cawan coklat masakan - dicairkan guna teknik double boiler
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
sedikit garam dan pewarna kuning
Cara membuatnya:
Kalau lagi kreatif, boleh buat corak marble atau pun belang-belang ala kuih lapis. Yang ini sebab nak senang dan nak cepat so Mama buat macam tu je lah. Yang penting rasanya tetap sedaap.
Sangat sesuai untuk dijadikan pemanis mulut dalam ape jua majlis. :)
8 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung jagung dan 1/2 cawan air - dibancuh
1/2 cawan coklat masakan - dicairkan guna teknik double boiler
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
sedikit garam dan pewarna kuning
Cara membuatnya:
- Didihkan 8 cawan air dan agar-agar sehingga larut
- Masukkan gula, susu cair, esen vanila dan garam
- Apabila mendidih, angkat dan tapiskan
- Bahagikan kepada dua - satu bahagian dicampur coklat cair; satu bahagian lagi dimasukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna kuning
- Tuangkan agar-agar kuning dalam acuan. Apabila separuh keras, masukkan agar-agar coklat. Buat begini berselang warna jika mahu.
- Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.
Kalau lagi kreatif, boleh buat corak marble atau pun belang-belang ala kuih lapis. Yang ini sebab nak senang dan nak cepat so Mama buat macam tu je lah. Yang penting rasanya tetap sedaap.
Sangat sesuai untuk dijadikan pemanis mulut dalam ape jua majlis. :)
25 May 2013
Cheese tart - 24052013
Siap pun packing semua, yeay!
Tapi tangan ni gatal nak hapdet blog, hihi.
So kali ni kitorang dapat tempahan dari cikgu, katanya untuk majlis bertunang adik dia.
Beliau order 60 bijik.
Kali ni kitorang buat 5 adunan untuk shell,
4 adunan untuk cheese filling.
5 adunan dapat lebih kurang 100 biji.
Macam kompius gak sebab dalam entri ni saya tulis 6 adunan shell dapat 89 biji.
Tapi kali ni 5 adunan je boleh dapat sampai 100, dah terlebih lah pulak.
Tapi takpe sebab yang lebih boleh buat makan sendiri.
:D
Oh BTW, nah resipi di sini.
Atau pun klik aje kat SENARAI RESIPI kat atas tu.
Byee sehingga bertemu lagi di lain masa.
10 February 2013
Cheese tart - 09022013
---
Cikgu Syima - 30 biji
Cik Illa - 30 biji
Cik Ani Jalil - 10 biji
---
CHEESE TART
Sumber: Hana
Bahan A:
200 gm butter
100 gm icing sugar
1/4 tsp esen vanila
Bahan B:
1 biji telur
Bahan C:
400 gm tepung
1 sudu besar susu tepung.
- Putar A hingga lembut.
- Tambahkan B putar lagi hingga gebu.
- Masukkan C gaul sebati.
- Tekan dalam acuan tart, cucuk- cucuk dengan garpu.
- Bakar 190 darjah celcius selama 15 menet.
CHEESE FILLING
Sumber: Azita Zain
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm icing sugar
20 gm butter
Bahan B:
1 biji telur
Bahan C:
Jus lemon. Atau pun limau kasturi
Bahan D:
Strawberi filling/Blueberry filling
- Pukul A hingga licin & gebus.
- Masukkan B & pukul hingga sebati.
- Tambahkan C pukul sebati. Rasa la cukup tak manis, masamnya. Ikut citarasa sendiri.
- Letak stoberi/bluberi filling dalam shell, baru tuangkan cheesenya.
- Corakkan ikut kreativiti.
- Bakar 200 darjah celcius selama 10-12 menet.
---
Kitorang buat 6 adunan shell dan 7 adunan cheese filling.
Total cheese tart = 89 biji.
Cheese filling tu masih ade belen lagi.
Harga tetap RM2/ketul tapi dapat percuma seketul cheese tart.
Diskaun memang takde, tapi 'percuma satu' ade.
09 February 2013
Roti kosong, roti kacang & roti sardin - 08022013
Buat pertama kalinya entri takdek gambor.
Semalam buat roti langsung tak sempat nak amek gambar, tskk.
Tempahan dari Cik Su - roti kosong 100 biji. (102 biji)
Roti sardin - 15 bantal (90 biji)
Roti kacang - 10 bantal (60 biji)
So roughly total roti yang dibuat semalam = 252 biji.
Biar benor? Fuhh banyak gaks rupanya.
Roti sosej pun ade. 48 biji. Tapi yang ni banyak masuk mulut sendiri hahaha.
---
Satu bantal roti ade 6 ketul, harga RM3/bantal.
Roti sosej RM1/ketul.
20 January 2013
Mini piza untuk Program Bestari Solat SK Tronoh - 18012013
Tempahan mini piza sebanyak 45 keping untuk program Bestari Solat kat SK Tronoh.
Dough in the making:
Bagi dia naik sampai gebusss:
Mini piza ready untuk dibakor:
Mini piza dah siap bakar:
Kasik close-up siket:
Okee cukup gambar mini piza, kita beralih ke gambar roti bun pulak..
Inti kacang merah ready-made yang dah dibulat-bulatkan:
Tak sempat nak ambik gambar masa tengah buat roti nya, so kita skip ke roti yang dah siap dibakar:
Close-up lagi:
Sekian sahaja untuk kali ni. Entah bila lagi nak buat roti nya tak tahu lerr... Wassalam 'alaykum. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)