Assalamualaikum semua.
Apa khabar puasa kalian?
Harap-harap tip-top, inshaAllah.
Maklumlah hari pertama puasa lah katakan, mestilah bersemangat!
Moga-moga semangat puasa kita berkekalan hingga ke hujungnya.
Tapi itulah, kena minta maaf dahulu.
Puasa-puasa inilah datang pula idea nak upload gambar-gambar lama.
Kalau ada yang jenguk blog ni di siang hari puasa, ampun dan maaf dipinta.
Alah, gambar aje pun, rileks lah, kan?
Kalau rasa-rasa tergoda tu, hah, cepat-cepatlah order!
Cadangnya sempena bulan Ramadan kali ini,
kami hendak buka tempahan kuih-muih.
Kot-kot ada yang ada pasang niat untuk belanja orang kampung makan kuih sedap-sedap,
bolehlah menempah dengan kami.
Tempahan mesti dibuat seminggu sebelum, ya?
Okay, berikut adalah gambar-gambar projek lepas:
Kalau diikutkan, banyak lagi kuih-muih yang Mama ada buat.
Biasanya setiap kali kelas kitab Riyadhus Solehin di surau Mama pasti ada buat kuih.
Kadang-kadang ada ambil gambar, kadang tidak diambil pun gambarnya.
Ini pun mana yang ada sahajalah.
Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran kepada yang berminat nak order.
Contoh kuih Melayu/kuih basah yang pernah dibuat termasuklah:
kuih lapis
kuih nona manis
pelbagai jenis kuih talam (talam suji, talam keladi)
Sekian dahulu untuk kali ini.
Jika ada yang berminat untuk menempah,
jangan malu dan jangan segan.
Isi sahaja borang tempahan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.
Selamat berpuasa!