14 July 2012

Random pix - Bila cheese tart di belah dua



Saiz:
Diameter 7cm
Tinggi 2.5cm



Hari Kantin SK Tronoh - 14072012

The title said it all - Hari Kantin SK Tronoh! Dapat tempahan dari Cikgu Syima. Kiranya Cikgu Syima ni orang tengah la. Kitorang jual kat Cikgu Syima, Cikgu Syima jual balik kat sekolah dengan harga dia seniri. Plan nak wat donat sekali, tapi tak sempat. Ditambah pulak malam semalam nya ade orang tu demam, jadi Puan Mama buat kerja saorang diri. Ini laa sikit sebanyak gambar para makanan nya.

Pertama: Para sosej roll dan cheese tart.


Kedua: Cheese tart! Duapuluhlima biji, harga kami jual RM2.00. Cikgu Syima jual kat sekolah amek untung 40sen sebijik. Tudiaa..


Ketiga: Sealer. Dah banyak jasa beliau ini. Kasik chance laa beliau masuk kat belog ni. :P


Keempat: Sosej roll dan cheese tart yang dah siap di-seal! Sosej roll doploh bijik. 50sen je kitorang jual tau, jangan tak pecaya. Sebijik sosej ade dalam tu, takde belah-belah macam orang laen buat.


Kelima: Dari kiri - Muffin pisang, cheese tart, sosej roll dan kek marble! Muffin 60sen sebijik, kek marble yang setebal 2cm tu Mama kira 70sen sebijik. MURAH GILAA BERBALOI-BALOI.


Tengahari tu, Cik Ani kabor sosej roll ngan kek marble paling laris ibarat pisang goreng panas. Cheese tart, slow sikit sebab harga yang agak, mahal - RM2.40. Muffin pun menerima naseb yang sama sebab rupa dia biasa saje. Tapi alhamdulillah, semua licinnnn jugak akhirnya.

Akhir kata, sape nak buat tempahan untuk Hari Kantin sekolah boleh ler bagitau kat keme. Kami jamin harga murah tapi tetap memuaskan anak tekak anda. Terhad untuk kawasan Seri Iskandar, Tronoh dan sekitarnya sahaja lah; melainkan anda sanggup datang amek kat umah kami. :D



09 July 2012

Cheeeeese Tart lagi! Dan tart telur juge~ - 30062012

Bertemu kembali!

Heh. Ini tempahan punya la dah lame, 30 Jun yang lepas tapi baru nak masuk blog. Sebenarnya tempahan 20 biji minima untuk cheese tart tu bukan lah compulsory. Macam untuk batch yang ni, kami dapat tempahan dari beberapa orang - sebanyak 55 biji semua nya.

Sistem nya mudah aje, kami akan hebahkan hari apa kami nak buat cheese tart, dan lepas tu kami akan kumpulkan tempahan. Cuma nya style macam ni cuma orang dalam taman ni je la yang tahu. Orang yang jauh-jauh tak dapek la den nak nolong eh! Sebab kami bukan macam kedai bakery lain yang buat hari-hari, kami buat bila kami rasa nak buat dan bila ade permintaan tinggi. Well, we're the boss kan? :P


Perasan tak? Corak bunga dah lain sikit. Yang baru ni lagi cun! Yang lama punya style tu ade budak cakap macam rupa cicak, isk isk.




Tada.. Gambar kat bawah ni yang paling saya suka sekali! Mama menuang kan cheeeeese. Tu sebelah dia filling stoberi. Memang banyak filling nya saya bubuh. Tak kedekut filling punyaa. :D Yang kuning tu tart telor.



Petang tu, Cik Idah yang asalnya cuma ode 6 bijik, tambah lagi 9 bijik. Cik Ila pulak memang ode 15 bijik. Selain daripada tu ade jugak kawan Yagg ode 20 bijik & Cik Normah 5 bijik. Maka semua sekali tempahan berjumlah 55 bijik. :D



05 July 2012

Brownies - 21062012

Seperti yang dijanjikan di sini, ni laa gambo brownies yang lagi hemsem. :D
Percubaan pertama yang tidak menghampakan!
Dihiasi almond besar dan kecik. Dan CHOCOLATE CHIP!
Memang saya sengaja letak chocolate chip bebanyak. He he he.


Belahan pertama.


The spongy structure. Nyummy.



Kesimpulannya: lepas ni boleh buat lagi. :D



04 July 2012

Bday Cake - 19062012

Percubaan pertama buat bday kek.
Pakai hiasan beli je sebab tak pandai lagi nak tulis sendiri 'Happy Birthday' tu.




02 July 2012

Marble Cake - 16062012

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kitorang ade beli buku Kompilasi Hidangan Kek tulisan Hajah Noraini Zakaria, terbitan ALAF 21. Murah je beli online, dapat diskaun. Cuma nya kena bayar harga pos la. Tapi tak kesah laa sebab beli online ni jimat tenaga, jimat masa, jimat kos minyak, hehehe. Maka nya Puan Mama nak cuba salah satu resipi yang ade dalam buku tu dan beliau memilih resipi 'Kek Zebra'. Kali ni punya kek cuma untuk makan sendiri, nak buat cemano, anak Mama semua suka makan. :P


Seperti biasa, Puan Mama lah bertungkus lumus di dapo, dengan bantuan daripada mixer heavy duty Kitchen Aid. Untuk kali ni saya tukang ayak tepung dan tukang makan sajee. Tapi tu tak bermakna saya tak pandai buat kek, tau? :P



Walaubagaimanapun, saya terlupa nak amek gambo kek yang dah siap. Rasa nya memang ump! Sedaaaap. Mama buat kek ni untuk dibawak oleh adik saya yang berdua itu ke tempat belajar diorang. Inilah rupa kek yang ikut adik saya ke Penang! Naseb baek budak tu uplod kat fesbuk, at least ade la jugak gambo kek yang dah siap. Nyum nyum!


Tu saje untuk kali ni. :D




01 July 2012

Bun inti ayam untuk kelas Ustaz WK - 14062012

Hoh. Punya lama tak updet belog ini. Bajet bizi lah konon. Pade hal asyik main game saje. He he he.

Sekali-sekala Mama akan buat kan makanan bila ade kelas kat surau. Berkebetulan ade kelas ustaz Wan Kamal hari Khamis lepas, jadi Puan Mama merajenkan diri untuk buat bun. Kali ni buat bun inti ayam. Kiranya ini first time laa buat bun pakai inti ayam.


Kami mendapati bun roti ni tak berapa sesuai pakai inti ayam. Macam something wrong jek. Lagi sedap kalau pakai inti daging atau ikan bilis. Dan disebabkan Puan Mama masak inti ni sekejap je, dia jadi tak tahan lame. Kalau tak silap hari tu memang ade amek gambo roti yang dah dikerat dua, tapi entah kemana gambo tu menghilang. So ini je lah yang ade. Jadi laa daripada takde, kan?


Kitorang jual roti bun ni murah jek. Lima posen sebijik. Tapi disebabkan kat taman ni permintaannya lebih kepada family, so kitorang jual sebantal enam ketul yang macam kedai selalu jual tu, dengan harga RM3.00. :)

Macam biasa, nak tengok resipi rujuk SENARAI RESIPI kat atas tu. Tapi kalau nak ode kat kami pun laagi baguih! :D