01 July 2012

Bun inti ayam untuk kelas Ustaz WK - 14062012

Hoh. Punya lama tak updet belog ini. Bajet bizi lah konon. Pade hal asyik main game saje. He he he.

Sekali-sekala Mama akan buat kan makanan bila ade kelas kat surau. Berkebetulan ade kelas ustaz Wan Kamal hari Khamis lepas, jadi Puan Mama merajenkan diri untuk buat bun. Kali ni buat bun inti ayam. Kiranya ini first time laa buat bun pakai inti ayam.


Kami mendapati bun roti ni tak berapa sesuai pakai inti ayam. Macam something wrong jek. Lagi sedap kalau pakai inti daging atau ikan bilis. Dan disebabkan Puan Mama masak inti ni sekejap je, dia jadi tak tahan lame. Kalau tak silap hari tu memang ade amek gambo roti yang dah dikerat dua, tapi entah kemana gambo tu menghilang. So ini je lah yang ade. Jadi laa daripada takde, kan?


Kitorang jual roti bun ni murah jek. Lima posen sebijik. Tapi disebabkan kat taman ni permintaannya lebih kepada family, so kitorang jual sebantal enam ketul yang macam kedai selalu jual tu, dengan harga RM3.00. :)

Macam biasa, nak tengok resipi rujuk SENARAI RESIPI kat atas tu. Tapi kalau nak ode kat kami pun laagi baguih! :D



No comments: