The title said it all - Hari Kantin SK Tronoh! Dapat tempahan dari Cikgu Syima. Kiranya Cikgu Syima ni orang tengah la. Kitorang jual kat Cikgu Syima, Cikgu Syima jual balik kat sekolah dengan harga dia seniri. Plan nak wat donat sekali, tapi tak sempat. Ditambah pulak malam semalam nya ade orang tu demam, jadi Puan Mama buat kerja saorang diri. Ini laa sikit sebanyak gambar para makanan nya.
Pertama: Para sosej roll dan cheese tart.
Kedua: Cheese tart! Duapuluhlima biji, harga kami jual RM2.00. Cikgu Syima jual kat sekolah amek untung 40sen sebijik. Tudiaa..
Ketiga: Sealer. Dah banyak jasa beliau ini. Kasik chance laa beliau masuk kat belog ni. :P
Keempat: Sosej roll dan cheese tart yang dah siap di-seal! Sosej roll doploh bijik. 50sen je kitorang jual tau, jangan tak pecaya. Sebijik sosej ade dalam tu, takde belah-belah macam orang laen buat.
Kelima: Dari kiri - Muffin pisang, cheese tart, sosej roll dan kek marble! Muffin 60sen sebijik, kek marble yang setebal 2cm tu Mama kira 70sen sebijik. MURAH GILAA BERBALOI-BALOI.
Tengahari tu, Cik Ani kabor sosej roll ngan kek marble paling laris ibarat pisang goreng panas. Cheese tart, slow sikit sebab harga yang agak, mahal - RM2.40. Muffin pun menerima naseb yang sama sebab rupa dia biasa saje. Tapi alhamdulillah, semua licinnnn jugak akhirnya.
Akhir kata, sape nak buat tempahan untuk Hari Kantin sekolah boleh ler bagitau kat keme. Kami jamin harga murah tapi tetap memuaskan anak tekak anda. Terhad untuk kawasan Seri Iskandar, Tronoh dan sekitarnya sahaja lah; melainkan anda sanggup datang amek kat umah kami. :D
2 comments:
Salam sis, boleh order lg ke sosej roll ni?
Wasalam Muhammad.
Boleh bolehh. Emel kat syuhadaadros@gmail.com atau pun PM ke facebook
Post a Comment