Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

30 July 2016

Biskut Sarang Semut

Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Kali ini saya hendak berkongsi resipi Biskut Sarang Semut, yang diinspirasikan dari Blog Citarasawan. Biskut Sarang Semut adalah merupakan salah satu biskut raya yang saya gemari, jadi pada tahun ini saya merajinkan diri untuk membuatnya sendiri. Tidak sukar untuk membuatnya, hasilnya pun memuaskan, alhamdulillah. Iyalah, kuih raya yang dibuat sendiri biasanya lebih 'umph' daripada yang dibeli. Kuih ini pun hanya dibuat setelah dua minggu berhari raya. Maklumlah, bulan puasa, alasannya tidak larat hendak menghadap oven, maka buat kuih raya selepas raya pun boleh. Raya kan sebulan... 

Mari kita lihat resipinya.

BISKUT SARANG SEMUT
Inspirasi: Citarasawan
Sumber: Cendana Kasih

Bahan-bahan:
150 g tepung gandum
100 g tepung kastard
30 g tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
150 g mentega
50 g gula aising
1 sudu teh esen vanila
Chocolate rice secukupnya - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Satukan dan ayak tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung, dan serbuk penaik bersama.
2. Pukul mentega, gula, dan esen vanila hingga sebati.
3. Satukan bahan yang diayak ke dalam mangkuk berisi bahan yang dipukul tadi, kemudian uli sehingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut keselesaan tangan sendiri untuk memarut, kemudian sejukkan doh tadi ke dalam peti ais, sekurang-kurangnya selama satu jam.


5. Setelah disejukkan, doh yang dibulatkan tadi akan mengeras dan sedia untuk diparut.
6. Parutkan doh menggunakan pemarut dan sudukan ke dalam mangkuk kertas mengikut cita rasa masing-masing.
7. Hiaskan dengan chocolate rice atau pun manik berwarna, juga mengikut cita rasa anda.
8. Bakar di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 160°C selama 20 hingga 25 minit.


Pada mulanya saya hanya mengisi separuh sahaja daripada mangkuk kertas, kemudian ia kelihatan sedikit pula. Jadi saya isikan doh yang telah diparut ke dalam mangkuk kertas sehingga ia penuh. Ha, barulah puas memakannya :)



Selamat mencuba!



28 July 2014

Raya 1435


Kuih raya wajib setiap tahun - tart nenas.
(Nampaknya blog ni di update setahun sekali, hehe.)



01 September 2012

Famous amos tak jadi.

Sebenarnya dah lama teringin nak buat cookies. Baru hari ni tergerak dan bergerak buat cookies. Langkah pertama sudah tentu lah cari resipi. Cari punya cari jumpa resipi cookies ala-ala Famous Amos. Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, print dan set dalam kepala nak buat dua adunan.


Buat punya buat, tiba lah masa membakar. Eksaited bukan main sebab first time nak tengok cookies dibakar. Biasa tengok kat tumblr jek. Sekali nya, tengok-tengok dia jadi leper. Dia tak naik dan tak merekah macam gambar dalam resipi. Masa tu dah mula rasa tak seronok dah. Dah la adunan banyak lagi. Tapi kena jugak habeh kan semua adunan. Isk isk.

So, nak elakkan dia jadi leper tu, Mama kata bubuh dalam cawan kertas. Hah. Settle masalah. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati rasa tak puas hati je sebab tak jadi. Takpe la, Mama kata dah cuba resipi baru kira okey la tu. Heh macam orang fail exam pulak frust nya, hehehe.


Haa dah masuk dalam cawan kertas oke je. Tak meleper pun. Sedap sikit hati. Tapi memang jadi banyak gila. Ni dah risau sape pulak nak makan bebanyak tu. Besok buat open house memang dah cakap kat adik-adik, suruh kawan diorang makan 'cookies special' ni banyak-banyak. Heh.


Walaupun tak jadi, sesi fotografi bersama cookies ni berjalan lancar. Haha. Semangat nak hapdet ni pun pasal dah buat sesi fotografi tadi. Boleh pulak macam tu kann. Layan je laa.




Hahaha. Best nyee jadi fotografer makanan! Cookies tak jadi pun boley jadi cantek! :P Memandangkan semua gambar dah ditunjuk, tiba masa nya untuk mengundur diri.

Nantikan cookies yang seterusnya, yang entah bila baru nak buat. Heh.

Sekian!



Eh jap jap. Nak resipi, klik SINI! Atau klik kat SENARAI RESIPI kat atas tu.

Okey sekian sekali lagi.



24 August 2012

Resipi Biskut Coklat


Biskut ni adelah biskut wajip kitorang setiap kali raya. Rupa je buruk, kembang, tapi sekali makan mesti nak lagi. Famili & jiran panggil biskut ni Biskut Cokelat Along sebab awok ni tukang buat nyer! Deme panggil awok Along, anak sulung lah kate kann. Jom tengok resipi nya:

Resipi dipetik dari ANEKA BISKUT MODEN (Selenggaraan Puan Sa'adiah Mohamad; Terbitan ALAF 21 SDN BHD)

Bahan-bahan:

336 g tepung gandum
196 g mentega (selalu guna Planta)
168 g gula kastor
3 sudu besar serbuk koko (selalu guna Van Houten)
1 bijik kuning telur (dan putih telur jangan buang)
1 sudu kecik serbuk penaik
1/2 sudu kecik esen vanila (lebih sikit pun boleh. Bagi hilang bau telur!)
Chocolate rice ikut suka hati dan cita rasa masing-masing.

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Pukul kuning telur ngan esen vanila.
  3. Masukkan mentega ngan gula kastor. Pukul bagi kembang - sampai berkrim.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi. Gaul sebati.
  5. Canaikan adunan tadi. Tebal dalam 1 cm kira cantek la, sebab nak nampak dia berlapis-lapis.
  6. Terap pakai acuan yang korang suka.
  7. Sapu putih telur atas dia, baru tabur chocolate rice ikut cita rasa masing-masing.

Macam biasa lah, biskut tu kena susun dalam oven tray yang dah disapu planta terlebih dahulu. Susun biskut atas tray tu tak buley dekat sangat sebab dia ade possibilities untuk mengembanggg.

Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius! Awok suka biar dia hangit sikit, sebab bila makan rasa pahit hangit tu berlawan dengan manis cokelat adelah sedap! Terpulang pada citarasa masing-masing.

Selamat mencoba!



Kueh raya 2012 2.0

Disebabkan kueh raya dah licin,
terpaksa laa buat lagi.

Biskut coklat ditambah lagi dua adunan.
Tart nenas pun dekat dua adunan jugak.




Ni pun dah tinggal 1 balang.
Nak wat cemano, 2 balang Ayah bawak balek Arab.
Balang besor pulak tu, bukan balang kecik.

Kena la buat lagi nampak nyaa.
Laris larissss!



21 August 2012

Kueh raya 2012




Berikutan kuih raya di atas mendapat sambutan hangat di kalangan keluarge,
besok kene ler menguli lagi!

50 ketul = RM 20 sahaja.
Murah dan gerenti sedap!
Tapi tu harga promosi laa.
Cuma dua orang je dapat harga macam tu, he he he.
Akan datang harga naek sikit, nak-nak kalau pakai balang cantek tu!