Showing posts with label home made. Show all posts
Showing posts with label home made. Show all posts

27 May 2017

Kuih Melayu/kuih basah

Assalamualaikum semua.

Apa khabar puasa kalian?
Harap-harap tip-top, inshaAllah.
Maklumlah hari pertama puasa lah katakan, mestilah bersemangat!
Moga-moga semangat puasa kita berkekalan hingga ke hujungnya.

Tapi itulah, kena minta maaf dahulu.
Puasa-puasa inilah datang pula idea nak upload gambar-gambar lama.
Kalau ada yang jenguk blog ni di siang hari puasa, ampun dan maaf dipinta.
Alah, gambar aje pun, rileks lah, kan?
Kalau rasa-rasa tergoda tu, hah, cepat-cepatlah order!

Cadangnya sempena bulan Ramadan kali ini,
kami hendak buka tempahan kuih-muih.
Kot-kot ada yang ada pasang niat untuk belanja orang kampung makan kuih sedap-sedap,
bolehlah menempah dengan kami.
Tempahan mesti dibuat seminggu sebelum, ya?

Okay, berikut adalah gambar-gambar projek lepas:





Kalau diikutkan, banyak lagi kuih-muih yang Mama ada buat.
Biasanya setiap kali kelas kitab Riyadhus Solehin di surau Mama pasti ada buat kuih.
Kadang-kadang ada ambil gambar, kadang tidak diambil pun gambarnya.
Ini pun mana yang ada sahajalah.
Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran kepada yang berminat nak order.

Contoh kuih Melayu/kuih basah yang pernah dibuat termasuklah:
kuih lapis
kuih nona manis
pelbagai jenis kuih talam (talam suji, talam keladi)

Sekian dahulu untuk kali ini.
Jika ada yang berminat untuk menempah,
jangan malu dan jangan segan.
Isi sahaja borang tempahan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

Selamat berpuasa!



26 May 2017

Brownies dan lain-lain

Setakat ini, ini merupakan tempahan yang paling jauh pernah kami terima, iaitu tempahan dari Sungai Buloh. Sebenarnya yang menempah itu bukanlah orang lain, adik kepada Mama juga, yang saya panggil sebagai Mak Teh. Mak Teh bekerja sebagai jururawat di Hospital Sungai Buloh, katanya ada jamuan di jabatan, kebetulan pula saya baru sahaja mengarang iklan di WhatsApp, itu yang lekas sahaja Mak Teh membuat tempahan.

Harga mungkin berubah dari masa ke masa

Antara tempahan yang dibuat adalah:

50 biji Chocolate Chip Fudge Cupcake
50 biji Peanut Muffin with Raisin
3 unit brownies (kami sediakan dua daripadanya Chocolate Fudge Brownies dan satu lagi Chewy Gooey Brownies)

InshaAllah akan saya kongsikan resipi-resipinya dalam blog ini. Bukan apa, mudah untuk dirujuk kemudian hari. Sekurang-kurangnya, ia menjadi panduan buat kami apabila hendak menyediakan hidangan yang sama kelak. Mama gemar menulis resipi yang ingin dicubanya di atas kertas. Faham-faham sahajalah kalau ditulis di atas kertas, apabila hendak digunakan di masa lain mulalah ia hilang tanpa dikesan. Saya pula bab-bab nak mencari barang ni, alahai, lemah betul, lah. Maka, dengan adanya blog ini dapatlah kami simpan resipi-resipi yang menjadi. Dan sudah semestinya dapat berkongsi gambar juga! 



Apa macam? Menarik, tak? Saya selitkan dua gambar sahaja dulu, nanti dalam entri resipi akan saya selitkan lebih lagi. Kalau ada yang tergoda tu, boleh la klik pada ruangan 'Borang Tempahan', tidak nanti ada yang termimpi-mimpi pula.

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan entri resipinya pula, tau!



02 March 2016

Pizza

Alkisahnya hari tu Mama ada buat spaghetti bolognese,
kuahnya tu ada lebih siket.

Itu yang terdetik di hati jom la Mama kita buat pizza.
Kuah spaghetti tu boleh jadi base sauce pada pizza tu.

Maka jadilah pizza pada malam 22 Januari 2016 yang lepas.

Doh pizza Mama uli sendirian berhad memandangkan Mama pun dah tahap master
dalam bidang menguli doh ni.
Saya pula ditugaskan untuk meletakkan segala isi pizza.
Ada sosej, chicken meatball, cendawan, cheddar cheese, capsicum, bawang
Tengoklah begitu meriah pizzanya.

sebelum dibakar
Berbeza dengan pizza yang pernah kami buat dahulu,
kali ini Mama buat saiz medium,
boleh kerat enam!

Sebelum ni biasanya buat saiz individu sahaja.

Hasilnya seperti berikut:

selepas dibakar dan sedia untuk dimakan!



Muffin


Sempena Majlis Bacaan Yassin Group Mengaji Taman Tasik Putra

Dua jenis muffin bersaiz S:
Muffin pisang (dengan chocolate rice)
Muffin biasa (dengan chocolate chip)



Muffin ini dibuka untuk tempahan sekitar Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, dan sekitarnya.

Sesuai untuk dijadikan door gift atau pemanis mulut untuk pelbagai majlis.

Harga: maksimum RM0.60/biji (lagi banyak order lagi murah)




16 August 2015

Chocolate Chip Fudge Cupcake

Assalamualaikum semua.

Saja nak share pasal satu lagi resipi cupcake yang Mama baru jumpa.
Setakat bulan Syawal ni, dah dua kali buat cupcake ni.
Mula-mula masa Mama buat open house untuk geng ngaji;
kali kedua masa Taman Tasik Putra jadi tuan rumah untuk Majlis Hari Raya Mukim Belanja.

Cara membuatnya agak senang, level baru kenal oven dan mixer pun boleh buat punya :)
Resipi cupcake ni diinspirasikan dari blog Intai Dapur.
Dipersilakan intai-intai blog beliau, sebab ada banyak resipi best-best!

---

CHOCOLATE CHIP FUDGE CUPCAKE
3 adunan = 50 biji cupcake saiz M

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan chocolate chip
1 biji telur (pukul sedikit)
*sedikit garam (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat. Kemudian gaul sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu, dan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam campuran minyak.
  5. Gaul sebati kesemuanya; masukkan chocolate chip.
  6. Tambahkan garam secukupnya. Gaul sehingga semua sebati.
  7. Sudukan bancuhan ke dalam paper cup (yang dah disusun dalam tray membakar).
  8. Taburkan chocolate chip (atau apa-apa yang lain--ikut citarasa masing-masing).
  9. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit pada suhu 170°C.
So far, semua orang suka (yay!).
Even makcik-makcik dekat taman ni pun kata cupcake nya tidak lah manis sangat.
Rasanya semacam Twiggies tapi kurang manis dan takde inti coklat.
Tapi ada banyak sangat chocolate chip.
Kitorang kalau tabur chocolate chip memang tak kedekut. :p

Chocolate Chip Fudge Cupcake untuk 'open taman'

Selamat mencuba!



21 September 2014

birthday cake!


Dah lupa sebenarnya bila buat kek ni.
Dah lamaaaa sangat rasanya bulan Jun
sebab kek ni sempena birthday Cik Ani kalau tak silap.

Nampak cantik jugak kek ni, kan?
Padahal sangat lah last minit membuatnya.
First time buat deco kek ni,
so rasanya agak okay lah hasilnya.

Yang penting buttercream tu sedap okay.
Tak manis sangat, sedang-sedang aje.
Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis, ehehe.

13 September 2014

Mini piza

Hai semua.
Ceh macam lah blog ni ade ramai orang baca, haha.

Lama dah tak bersiarankan?
Mama kata kena hidupkan balik blog ni.
Inshaallah. :)

So hari ni kitorang buat mini piza dengan roti kacang.
Tapi amek gambar piza je, roti nya tak diambil pulak gambarnya.

Tataplah gambar piza-piza seperti berikut:





Berat bersih lebih kurang: 90gm
Harga: RM2/keping


28 July 2014

Raya 1435


Kuih raya wajib setiap tahun - tart nenas.
(Nampaknya blog ni di update setahun sekali, hehe.)



08 November 2012

Burger Malaysia


Yeahhh inilah entri yang dinanti-nantikan oleh Puan Mama. Sudah berkali-kali beliau bertanya bila nak masukkan gambor bege Malaysia dalam belog?? Haa ni Alogg dah masukkan dah, Ma. Hehe.

Ini bege Malaysia adelah khas untuk kelas Ustaz Cahyono minggu lepas - 1 Oktober. Tak mahu bercerita panjang, sila tergoda dengan gambar-gambar berikut! :




Yaa robbi... Saya yang tukang haplod ni pun udah kecur ayor liyor nengok nye komee.. Argh ade yang kena ngap jugak skrin komputer nih. :P :P

Oke tu je thxbye!



22 October 2012

Bahulu cermai empat ratus ketul

Lame betul tak update belog ni! Ceh perlu ke tanda seru. -__-

Oke so pada hari Ahad yang lepas, yakni semalam, Mama mendapat semangat untuk membuat bahulu. Tepung dah dijemur pada hari Sabtu so Ahad dah boleh buat bahulu. Tepung yang dah dijemur tak sedap dibiar lame-lame, nanti dia bau hapak.

Dan tepung yang dijemur atau tak dijemur ni sebenarnya bagi significant effect kat bahulu. Pernah sekali kitorang dilanda kemalasan, kitorang cuma sangai je tepung tu dan hasilnya - bahulu tak berapa nak tahan lama dan tekstur dia pun kurang 'kick'.


Empat puluh bijik telur telah dipecahkan. Hasilnya dapat empat ratus bahulu so kiranya sepuluh bijik telur dapat seratus bijik bahulu cermai. Telur dan gula dipukul dalam mixer Mama yang saiz XXXL tu. Kalau orang dulu pukul telur dalam pasu, orang sekarang pakai mixer sudeh. Masuk, tinggal, siap!


Sambil memukul telur, saya bertanggungjawap mengayak tepung. Biasalah tu, kalau kerja-kerja mengayak tepung ni mesti Mama bagi kat saya. Oleh kerana terlebih rajen, saya ayak tepung sebanyak dua kali, hehe. Kengkonon nak jadikan tepung super fine lah.

Selesai mengayak tepung, telur dan gula yang dipukul pun dah kombang, maka mula lah proses membahulu. Kerja-kerja membakar bahulu dilakukan sepenuhnya oleh Mama kerana ruang yang terhad (alasan je tu lol). Saya jadi tukang susun bahulu jek. Sambil menyusun, saya mengira bahulu-bahulu sekalian. Bahulu rejek diasingkan dan yang cantek di-package-kan. Peh package tu, macam gempak sangat jek.


Itulah dia lebih kurang empat ratus bijik bahulu cermai. Satu tipuware tu saya masukkan 50 bijik bahulu. Dapat la lima bijik tipuware penuh. Yang dalam tupperware biru tu pulak rasa-rasanya dekat 150 bijik jugak. Tu semua yang rejek sebab kurang cantek. Yang tak canteknya sebab bunga dia je, lepas tu warna tak sekata. Rasa sama je sebenarnya.

Yang jadi lain nya sebab Mama buat eksperimen nisbah telur dan tepung yang mana yang cantek. Kalau tak silap Mama buat dua senduk telur ngan tiga senduk tepung yang cantiknya. Kitorang jugak buat kesimpulan yang benda ni kena selalu buat supaya dapat adunan dan nisbah yang betul-betul boleh menghasilkan bahulu yang terbaekk.


Mama tukang buat, saya tukang susun. Ni lah dia lima puluh bijik bahulu dalam satu bekas tipuware. Baca betul-betul, T I P U W A R E. Sebenarnya muat 48 jek, tapi saya kasik diorang duduk rapat-rapat lagi untuk genapkan 50 bijik. Harap-harap diorang tak melekat antara satu sama lain. Haha berseni jugak tangan den, muahaha! Pada mulanya saya takde lah begitu eksaited sangat. Tapi bila dah start menyusun bahulu dalam tipuware tu, rasa seronok pulak! Heheh.


Ape macam, nampak best tak rupa bahulu nya? Daripada lima tipuware, tiga dah dijual. Cik Ani beli satu, Cikgu Syima beli dua. So tinggal dua tipuware lagi. Satu tipuware reserved untuk Opah, so tinggal la belen satu tipuware lagi.

Harga: satu tipuware - 50 biji bahulu - RM14.00. Sape nak beli bahulu boleh la roger-roger!

Bahulu! Bahulu! Sape nak beli mari mari!



Resipi bahulu dari >SINI< Terimakaseh diucapkan kepada bdaria.

Oke tu je thxbye!



01 September 2012

Famous amos tak jadi.

Sebenarnya dah lama teringin nak buat cookies. Baru hari ni tergerak dan bergerak buat cookies. Langkah pertama sudah tentu lah cari resipi. Cari punya cari jumpa resipi cookies ala-ala Famous Amos. Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi, print dan set dalam kepala nak buat dua adunan.


Buat punya buat, tiba lah masa membakar. Eksaited bukan main sebab first time nak tengok cookies dibakar. Biasa tengok kat tumblr jek. Sekali nya, tengok-tengok dia jadi leper. Dia tak naik dan tak merekah macam gambar dalam resipi. Masa tu dah mula rasa tak seronok dah. Dah la adunan banyak lagi. Tapi kena jugak habeh kan semua adunan. Isk isk.

So, nak elakkan dia jadi leper tu, Mama kata bubuh dalam cawan kertas. Hah. Settle masalah. Walaupun sebenarnya jauh di sudut hati rasa tak puas hati je sebab tak jadi. Takpe la, Mama kata dah cuba resipi baru kira okey la tu. Heh macam orang fail exam pulak frust nya, hehehe.


Haa dah masuk dalam cawan kertas oke je. Tak meleper pun. Sedap sikit hati. Tapi memang jadi banyak gila. Ni dah risau sape pulak nak makan bebanyak tu. Besok buat open house memang dah cakap kat adik-adik, suruh kawan diorang makan 'cookies special' ni banyak-banyak. Heh.


Walaupun tak jadi, sesi fotografi bersama cookies ni berjalan lancar. Haha. Semangat nak hapdet ni pun pasal dah buat sesi fotografi tadi. Boleh pulak macam tu kann. Layan je laa.




Hahaha. Best nyee jadi fotografer makanan! Cookies tak jadi pun boley jadi cantek! :P Memandangkan semua gambar dah ditunjuk, tiba masa nya untuk mengundur diri.

Nantikan cookies yang seterusnya, yang entah bila baru nak buat. Heh.

Sekian!



Eh jap jap. Nak resipi, klik SINI! Atau klik kat SENARAI RESIPI kat atas tu.

Okey sekian sekali lagi.



24 August 2012

Resipi Biskut Coklat


Biskut ni adelah biskut wajip kitorang setiap kali raya. Rupa je buruk, kembang, tapi sekali makan mesti nak lagi. Famili & jiran panggil biskut ni Biskut Cokelat Along sebab awok ni tukang buat nyer! Deme panggil awok Along, anak sulung lah kate kann. Jom tengok resipi nya:

Resipi dipetik dari ANEKA BISKUT MODEN (Selenggaraan Puan Sa'adiah Mohamad; Terbitan ALAF 21 SDN BHD)

Bahan-bahan:

336 g tepung gandum
196 g mentega (selalu guna Planta)
168 g gula kastor
3 sudu besar serbuk koko (selalu guna Van Houten)
1 bijik kuning telur (dan putih telur jangan buang)
1 sudu kecik serbuk penaik
1/2 sudu kecik esen vanila (lebih sikit pun boleh. Bagi hilang bau telur!)
Chocolate rice ikut suka hati dan cita rasa masing-masing.

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Pukul kuning telur ngan esen vanila.
  3. Masukkan mentega ngan gula kastor. Pukul bagi kembang - sampai berkrim.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi. Gaul sebati.
  5. Canaikan adunan tadi. Tebal dalam 1 cm kira cantek la, sebab nak nampak dia berlapis-lapis.
  6. Terap pakai acuan yang korang suka.
  7. Sapu putih telur atas dia, baru tabur chocolate rice ikut cita rasa masing-masing.

Macam biasa lah, biskut tu kena susun dalam oven tray yang dah disapu planta terlebih dahulu. Susun biskut atas tray tu tak buley dekat sangat sebab dia ade possibilities untuk mengembanggg.

Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius! Awok suka biar dia hangit sikit, sebab bila makan rasa pahit hangit tu berlawan dengan manis cokelat adelah sedap! Terpulang pada citarasa masing-masing.

Selamat mencoba!



Kueh raya 2012 2.0

Disebabkan kueh raya dah licin,
terpaksa laa buat lagi.

Biskut coklat ditambah lagi dua adunan.
Tart nenas pun dekat dua adunan jugak.




Ni pun dah tinggal 1 balang.
Nak wat cemano, 2 balang Ayah bawak balek Arab.
Balang besor pulak tu, bukan balang kecik.

Kena la buat lagi nampak nyaa.
Laris larissss!



21 August 2012

Kueh raya 2012




Berikutan kuih raya di atas mendapat sambutan hangat di kalangan keluarge,
besok kene ler menguli lagi!

50 ketul = RM 20 sahaja.
Murah dan gerenti sedap!
Tapi tu harga promosi laa.
Cuma dua orang je dapat harga macam tu, he he he.
Akan datang harga naek sikit, nak-nak kalau pakai balang cantek tu!