Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

21 September 2014

birthday cake!


Dah lupa sebenarnya bila buat kek ni.
Dah lamaaaa sangat rasanya bulan Jun
sebab kek ni sempena birthday Cik Ani kalau tak silap.

Nampak cantik jugak kek ni, kan?
Padahal sangat lah last minit membuatnya.
First time buat deco kek ni,
so rasanya agak okay lah hasilnya.

Yang penting buttercream tu sedap okay.
Tak manis sangat, sedang-sedang aje.
Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis, ehehe.

04 July 2012

Bday Cake - 19062012

Percubaan pertama buat bday kek.
Pakai hiasan beli je sebab tak pandai lagi nak tulis sendiri 'Happy Birthday' tu.




02 July 2012

Marble Cake - 16062012

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kitorang ade beli buku Kompilasi Hidangan Kek tulisan Hajah Noraini Zakaria, terbitan ALAF 21. Murah je beli online, dapat diskaun. Cuma nya kena bayar harga pos la. Tapi tak kesah laa sebab beli online ni jimat tenaga, jimat masa, jimat kos minyak, hehehe. Maka nya Puan Mama nak cuba salah satu resipi yang ade dalam buku tu dan beliau memilih resipi 'Kek Zebra'. Kali ni punya kek cuma untuk makan sendiri, nak buat cemano, anak Mama semua suka makan. :P


Seperti biasa, Puan Mama lah bertungkus lumus di dapo, dengan bantuan daripada mixer heavy duty Kitchen Aid. Untuk kali ni saya tukang ayak tepung dan tukang makan sajee. Tapi tu tak bermakna saya tak pandai buat kek, tau? :P



Walaubagaimanapun, saya terlupa nak amek gambo kek yang dah siap. Rasa nya memang ump! Sedaaaap. Mama buat kek ni untuk dibawak oleh adik saya yang berdua itu ke tempat belajar diorang. Inilah rupa kek yang ikut adik saya ke Penang! Naseb baek budak tu uplod kat fesbuk, at least ade la jugak gambo kek yang dah siap. Nyum nyum!


Tu saje untuk kali ni. :D