Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

26 May 2017

Brownies dan lain-lain

Setakat ini, ini merupakan tempahan yang paling jauh pernah kami terima, iaitu tempahan dari Sungai Buloh. Sebenarnya yang menempah itu bukanlah orang lain, adik kepada Mama juga, yang saya panggil sebagai Mak Teh. Mak Teh bekerja sebagai jururawat di Hospital Sungai Buloh, katanya ada jamuan di jabatan, kebetulan pula saya baru sahaja mengarang iklan di WhatsApp, itu yang lekas sahaja Mak Teh membuat tempahan.

Harga mungkin berubah dari masa ke masa

Antara tempahan yang dibuat adalah:

50 biji Chocolate Chip Fudge Cupcake
50 biji Peanut Muffin with Raisin
3 unit brownies (kami sediakan dua daripadanya Chocolate Fudge Brownies dan satu lagi Chewy Gooey Brownies)

InshaAllah akan saya kongsikan resipi-resipinya dalam blog ini. Bukan apa, mudah untuk dirujuk kemudian hari. Sekurang-kurangnya, ia menjadi panduan buat kami apabila hendak menyediakan hidangan yang sama kelak. Mama gemar menulis resipi yang ingin dicubanya di atas kertas. Faham-faham sahajalah kalau ditulis di atas kertas, apabila hendak digunakan di masa lain mulalah ia hilang tanpa dikesan. Saya pula bab-bab nak mencari barang ni, alahai, lemah betul, lah. Maka, dengan adanya blog ini dapatlah kami simpan resipi-resipi yang menjadi. Dan sudah semestinya dapat berkongsi gambar juga! 



Apa macam? Menarik, tak? Saya selitkan dua gambar sahaja dulu, nanti dalam entri resipi akan saya selitkan lebih lagi. Kalau ada yang tergoda tu, boleh la klik pada ruangan 'Borang Tempahan', tidak nanti ada yang termimpi-mimpi pula.

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan entri resipinya pula, tau!



05 July 2012

Brownies - 21062012

Seperti yang dijanjikan di sini, ni laa gambo brownies yang lagi hemsem. :D
Percubaan pertama yang tidak menghampakan!
Dihiasi almond besar dan kecik. Dan CHOCOLATE CHIP!
Memang saya sengaja letak chocolate chip bebanyak. He he he.


Belahan pertama.


The spongy structure. Nyummy.



Kesimpulannya: lepas ni boleh buat lagi. :D