Showing posts with label tempahan. Show all posts
Showing posts with label tempahan. Show all posts

26 May 2017

Brownies dan lain-lain

Setakat ini, ini merupakan tempahan yang paling jauh pernah kami terima, iaitu tempahan dari Sungai Buloh. Sebenarnya yang menempah itu bukanlah orang lain, adik kepada Mama juga, yang saya panggil sebagai Mak Teh. Mak Teh bekerja sebagai jururawat di Hospital Sungai Buloh, katanya ada jamuan di jabatan, kebetulan pula saya baru sahaja mengarang iklan di WhatsApp, itu yang lekas sahaja Mak Teh membuat tempahan.

Harga mungkin berubah dari masa ke masa

Antara tempahan yang dibuat adalah:

50 biji Chocolate Chip Fudge Cupcake
50 biji Peanut Muffin with Raisin
3 unit brownies (kami sediakan dua daripadanya Chocolate Fudge Brownies dan satu lagi Chewy Gooey Brownies)

InshaAllah akan saya kongsikan resipi-resipinya dalam blog ini. Bukan apa, mudah untuk dirujuk kemudian hari. Sekurang-kurangnya, ia menjadi panduan buat kami apabila hendak menyediakan hidangan yang sama kelak. Mama gemar menulis resipi yang ingin dicubanya di atas kertas. Faham-faham sahajalah kalau ditulis di atas kertas, apabila hendak digunakan di masa lain mulalah ia hilang tanpa dikesan. Saya pula bab-bab nak mencari barang ni, alahai, lemah betul, lah. Maka, dengan adanya blog ini dapatlah kami simpan resipi-resipi yang menjadi. Dan sudah semestinya dapat berkongsi gambar juga! 



Apa macam? Menarik, tak? Saya selitkan dua gambar sahaja dulu, nanti dalam entri resipi akan saya selitkan lebih lagi. Kalau ada yang tergoda tu, boleh la klik pada ruangan 'Borang Tempahan', tidak nanti ada yang termimpi-mimpi pula.

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan entri resipinya pula, tau!



23 March 2017

Goodies majlis perkahwinan

Apa khabar semuanya? Lama betul tidak bersiaran.

Minggu lepas saya dan Mama disibukkan dengan projek goodies. Tidaklah banyak mana pun, cuma hampir dua ratus bungkus goodies (atau nama lainnya door gift) sahaja. Begnya pula adalah beg kertas bertali yang bermotifkan flora.

Setiap goodies bag diisi dengan sekotak butter cookies yang beratnya lebih kurang 90 gram, dan setiap satu daripadanya mengandungi 15 keping cookies. Jenama yang kami gunakan adalah terdiri daripada White Castle Butter Cookies, Kellie's Castle Butter Cookies, dan Royal British Butter Cookies.

Pada beg kertasnya pula, kami tampalkan stiker 'Terima Kasih'.
       
Contoh butter cookies di dalam pek 90 gram, pelbagai perisa.

Sebenarnya ini adalah projek tak terjangka, kami sekadar membantu dalam pembungkusan semata-mata. Cookiesnya, begnya, dan stikernya, semua dipilih dan dibeli sendiri oleh Cik Ani. Goodies ini, menurut Cik Ani, adalah untuk majlis perkahwinan adiknya yang telah pun selamat dilangsungkan pada hujung minggu yang lalu.

Pada saya, goodies begini agak ringkas kerjanya, dan yang paling penting ia memuaskan. Iyalah, siapa tidak suka butter cookies, kan? Bukannya sekeping dua, tetapi sekotak! Cukup untuk dibuat minum petang, cicah kopi o pekat pula, memang umph!

Ada siapa-siapa mahu tempah goodies yang serba ringkas tetapi memuaskan ini? Bolehlah tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi pada ruangan komen. Atau hantar sahaja e-mail kepada syuhadaadros@gmail.com.

Berkenaan harga, jenis beg, isi goodies/door gift, serta bilangannya kita boleh bincang kemudian.



02 March 2016

Muffin


Sempena Majlis Bacaan Yassin Group Mengaji Taman Tasik Putra

Dua jenis muffin bersaiz S:
Muffin pisang (dengan chocolate rice)
Muffin biasa (dengan chocolate chip)



Muffin ini dibuka untuk tempahan sekitar Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, dan sekitarnya.

Sesuai untuk dijadikan door gift atau pemanis mulut untuk pelbagai majlis.

Harga: maksimum RM0.60/biji (lagi banyak order lagi murah)




01 February 2016

Cupcake

Kali ini saya hendak berkongsi gambar cupcake yang kami buat pada 30 Januari lepas bersempena Mesyuarat Penetapan AJK KRT Taman Tasik Putra.

Kami menggunakan paper cup bersaiz M (F250) dan S.

Resipi untuk Chocolate Chip Fudge Cupcake di sini.







20 February 2015

Muffin


Minggu lepas ada buat muffin 200 biji, tempahan dari Nadia untuk majlis perkahwinannya pada 14 Februari yang lepas. Kitorang buat muffin perisa oren dan perisa vanilla. Yang vanila tu kitorang letak chocolate chip.

Muffin tu kitorang kira RM0.80 sebiji, campur dengan plastic casing RM0.20, so total RM1.00 semuanya.

Hari Jumaat tu kelam kabut nak pergi hantar so tak sempat nak ambil gambar muffin yang dah siap pack dalam plastic casing. Gambar yang atas tu je lah yang hado.

Muffin ni agak besar sebenarnya, rasa macam murah pulak dikira RM0.80 sebiji. Nak-nak masa tu kitorang baru lepas tengok muffin yang dijual kat KLIA dengan harga RM8.80 sebiji! Harga macam langit dan bumi. Tapi yelah, mana boleh banding KLIA dengan Tronoh. Kat KLIA memang la mahal, kan. So next time mungkin kitorang akan pakai papercup yang kecik siket, tapi dengan harga yang sama.

---



Yang atas ni pulak muffin kitorang buat dah zaman tok kaduk, tapi lupa nak upload dalam blog, hehe.
Ini muffin pisang with chocolate rice kalau tak silap.
Lepas tu ade buttercream frosting dengan deco chocolate chip.
Bila dah siap frosting tu rasa macam best pulak sebab hasilnya boleh kira okay lah jugak, haha.

Okes, itu sahaja sekian wassalam. :)



21 September 2014

birthday cake!


Dah lupa sebenarnya bila buat kek ni.
Dah lamaaaa sangat rasanya bulan Jun
sebab kek ni sempena birthday Cik Ani kalau tak silap.

Nampak cantik jugak kek ni, kan?
Padahal sangat lah last minit membuatnya.
First time buat deco kek ni,
so rasanya agak okay lah hasilnya.

Yang penting buttercream tu sedap okay.
Tak manis sangat, sedang-sedang aje.
Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis, ehehe.

13 September 2014

Mini piza

Hai semua.
Ceh macam lah blog ni ade ramai orang baca, haha.

Lama dah tak bersiarankan?
Mama kata kena hidupkan balik blog ni.
Inshaallah. :)

So hari ni kitorang buat mini piza dengan roti kacang.
Tapi amek gambar piza je, roti nya tak diambil pulak gambarnya.

Tataplah gambar piza-piza seperti berikut:





Berat bersih lebih kurang: 90gm
Harga: RM2/keping


05 July 2013

Agar-agar Karamel Coklat


Kali ni saya nak share resipi puding feveret famili kitorang. Puding ni dibuat atas permintaan Opah sendiri sempena kenduri doa selamat besok. Sebagai anak mithali, Mama saya pun buatkan spesyel untuk beliau. Seperti biasa saya lah orang yang akan meng-uplodkan resipi ke dalam blog.

Puding ni saya pernah bawak masa jamuan form 5 dulu, dan menerima sambutan hangat baik di kalangan guru-guru mahupun rakan sekelas, ehe. Kombinasi warna kuning dan coklat tu sungguh menggoda mata yang melihatnya. Tipulah kalau anda kata anda tidak tergoda. :P


AGAR-AGAR KARAMEL COKLAT
Sumber: Aneka Puding Agar-agar (Selenggaraan Sa'adiah Mohamad) Terbitan Alaf 21

Bahan-bahan:

1 1/2 peket agar-agar
8 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung jagung dan 1/2 cawan air - dibancuh
1/2 cawan coklat masakan - dicairkan guna teknik double boiler
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
sedikit garam dan pewarna kuning

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 8 cawan air dan agar-agar sehingga larut
  2. Masukkan gula, susu cair, esen vanila dan garam
  3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan
  4. Bahagikan kepada dua - satu bahagian dicampur coklat cair; satu bahagian lagi dimasukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna kuning
  5. Tuangkan agar-agar kuning dalam acuan. Apabila separuh keras, masukkan agar-agar coklat. Buat begini berselang warna jika mahu.
  6. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.




Kalau lagi kreatif, boleh buat corak marble atau pun belang-belang ala kuih lapis. Yang ini sebab nak senang dan nak cepat so Mama buat macam tu je lah. Yang penting rasanya tetap sedaap.

Sangat sesuai untuk dijadikan pemanis mulut dalam ape jua majlis. :)



25 May 2013

Cheese tart - 24052013


Siap pun packing semua, yeay!

Tapi tangan ni gatal nak hapdet blog, hihi.

So kali ni kitorang dapat tempahan dari cikgu, katanya untuk majlis bertunang adik dia.

Beliau order 60 bijik.

Kali ni kitorang buat 5 adunan untuk shell,
4 adunan untuk cheese filling.

5 adunan dapat lebih kurang 100 biji.
Macam kompius gak sebab dalam entri ni saya tulis 6 adunan shell dapat 89 biji.
Tapi kali ni 5 adunan je boleh dapat sampai 100, dah terlebih lah pulak.

Tapi takpe sebab yang lebih boleh buat makan sendiri.

:D

Oh BTW, nah resipi di sini.
Atau pun klik aje kat SENARAI RESIPI kat atas tu.

Byee sehingga bertemu lagi di lain masa.



10 February 2013

Cheese tart - 09022013







---

Cikgu Syima - 30 biji
Cik Illa - 30 biji
Cik Ani Jalil - 10 biji

---

CHEESE TART

SHELL
Sumber: Hana

Bahan A:
200 gm butter
100 gm icing sugar
1/4 tsp esen vanila

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
400 gm tepung
1 sudu besar susu tepung.

  1. Putar A hingga lembut.
  2. Tambahkan B putar lagi hingga gebu.
  3. Masukkan C gaul sebati.
  4. Tekan dalam acuan tart, cucuk- cucuk dengan garpu.
  5. Bakar 190 darjah celcius selama 15 menet.


CHEESE FILLING
Sumber: Azita Zain

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm icing sugar
20 gm butter

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
Jus lemon. Atau pun limau kasturi

Bahan D:
Strawberi filling/Blueberry filling

  1. Pukul A hingga licin & gebus.
  2. Masukkan B & pukul hingga sebati.
  3. Tambahkan C pukul sebati. Rasa la cukup tak manis, masamnya. Ikut citarasa sendiri.
  4. Letak stoberi/bluberi filling dalam shell, baru tuangkan cheesenya.
  5. Corakkan ikut kreativiti.
  6. Bakar 200 darjah celcius selama 10-12 menet.
---

Kitorang buat 6 adunan shell dan 7 adunan cheese filling.
Total cheese tart = 89 biji.
Cheese filling tu masih ade belen lagi.
Harga tetap RM2/ketul tapi dapat percuma seketul cheese tart.

Diskaun memang takde, tapi 'percuma satu' ade.




09 February 2013

Roti kosong, roti kacang & roti sardin - 08022013

Buat pertama kalinya entri takdek gambor.

Semalam buat roti langsung tak sempat nak amek gambar, tskk.

Tempahan dari Cik Su - roti kosong 100 biji. (102 biji)
Roti sardin - 15 bantal (90 biji)
Roti kacang - 10 bantal (60 biji)
So roughly total roti yang dibuat semalam = 252 biji.

Biar benor? Fuhh banyak gaks rupanya.

Roti sosej pun ade. 48 biji. Tapi yang ni banyak masuk mulut sendiri hahaha.

---

Satu bantal roti ade 6 ketul, harga RM3/bantal.
Roti sosej RM1/ketul. 



20 January 2013

Mini piza untuk Program Bestari Solat SK Tronoh - 18012013

Tempahan mini piza sebanyak 45 keping untuk program Bestari Solat kat SK Tronoh.

Dough in the making:


Bagi dia naik sampai gebusss:


Mini piza ready untuk dibakor:


Mini piza dah siap bakar:


Kasik close-up siket:


Okee cukup gambar mini piza, kita beralih ke gambar roti bun pulak..

Inti kacang merah ready-made yang dah dibulat-bulatkan:


Tak sempat nak ambik gambar masa tengah buat roti nya, so kita skip ke roti yang dah siap dibakar:


Close-up lagi:





Sekian sahaja untuk kali ni. Entah bila lagi nak buat roti nya tak tahu lerr... Wassalam 'alaykum. :)




18 November 2012

Red Velvet Cupcake - 09102012


Heheh. Projek red velvet cupcake ni sebenarnya last week punya projek. 10/11/12 punya projek. Mak Long yang order untuk majlis bertunang adiknya. Selain daripada red velvet cupcake 30 bijik, Mak Long ade jugak order bahulu cermai 100 biji ngan bahulu ikan.

Kitorang pulak memang dah lama teringin nak cuba try test nozzle set yang dibeli online kat Wilton beberapa bulan yang lepas. Memang beginner set untuk deko kek. Ade nozzle, coupler, piping bag, pewarna, dan of course, buku panduan. So bila Mak Long tanya boleh buat red velvet tak? Mama terus setuju untuk buat. :)

Mama buat dua jenis adunan untuk red velvet cupcake ni; satu yang Wah Seng ready-mix, satu lagi yang Mama bancuh sendiri adunan nya.



Yang dalam tray tu (kiri) yang adunan Mama sendiri. Yang atas redai tu (kanan) yang Wah Seng ready-mix punya red velvet. Rasa nya? Buat sendiri lagi sedap daripada yang ready-mix!

Bila dah siap cupcake nya, ade satu benda lagi yang memerlukan pemerahan otak - nak mencorakkan nya! Hah. Disebabkan masa yang agak terhad, Mama pakai buttercream icing jek. Red velvet ni kalau ikut kan lawan nya dengan cream cheese, tapi takpe la tu lain kali punya order boleh buat.

Asal nya kitorang nak pakai resipi buttercream oleh kembang kempis, tapi menunggu orang yang beli krimwell tak sampai-sampai, kitorang pakai resipi yang Wilton bagi. Belasah aje lah. Yang penting sodap. Sebabnya cupcake nya nak dihantar malam itu jugak.

Sebenarnya kitorang nak pipe buttercream tu corak bunga ros, tapi baru perasan yang dalam set tu takde tip untuk bunga ros besar, isk isk. So Mama kata pipe kan aje bunga kecik-kecik, lepas tu letakkan bunga ros wafer atas nya. Tadaa. Setel masalah. Wafer bunga ros kitorang beli kat Aroma Kek Taman Maju dengan harga RM29.90 dapat 200 pcs medium-sized rose wafer.


Ni laa gambar yang saya dok promot kat fesbuk. Heheh. Mengancam tak? Ni semua hasil kerja Mama, cun je kan? Kira oke la untuk first-timer. Nanti dah banyak kali buat mesti makin oke. Bila dah cukup semua 30 bijik, Mama bagi can kat saya pulak pegang piping bag. Wahaha pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah ku tunggu-tunggu saat itu! Saya pun gatal tangan nak buat bunga ros, tak berapa jadi sebab tip tu bukan untuk rosette. Gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera fon jek.



Ini cupcake kitorang buat memang saiz L punya. Diameter bawah 5cm, diameter atas dalam 7 cm lebih kurang. Memang besor. Tapi kitorang kira RM2 je seketul. Tengok dalam blog orang lain red velvet yang saiz L boleh mencecah harga RM5 seketul. Pergh. Tapi memang la, sebab kalau pakai cream cheese frosting memang akan jadi mahal, ye ar, cheese kot.

Oke. Resipi untuk red velvet cupcake ni Mama ambil dari Anna Qaseh AzZahra. Trimas Anna Qawina!

---

RED VELVET CUPCAKE
2 adunan = 35 biji cupcake saiz L

Bahan-bahan

A:
300 g tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar* Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @ cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240 ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cara-cara:
  1. Ayak (A) - ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan. Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang-seli dgn buttermilk - pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese frosting --> tapi kitorang ganti dengan buttercream.

---

Sesape nak ode red velvet cupcake boleh laa roger-roger saya. Harga depend pada saiz, bilangan dan frosting nya.

Sekian, terima kaseh.



18 September 2012

Cheese tart + Tart telur untuk Ani - 16092012

Terimakaseh kepada Ani yang support bisnes kecil-kecilan kitorang ni. Dah la datang jauh-jauh dari Ipoh, memang gigih!

Senarai ode nya adelah:
  • 3 cheese tart stoberi
  • 2 cheese tart bluberi
  • 5 tart telur
Harap Ani berpuas hati dengan rasa tart tu. :)




Disebabkan kat rumah ni tart telur kurang mendapat sambutan, so baki tart telur yang tinggal dibawa oleh Angah ke Shah Alam. Takde lah membazir.

BTW diameter cheese tart ni lebih kurang 7cm (memang besar, puas makan!) dan tinggi lebih kurang 2.5 cm. Inti memang banyak. Boleh tengok gambar kat sini.

Berminat? Boleh la buat tempahan. Harga murah saja maa. Tak menyesal punya woo.



17 September 2012

Projek Bahulu 2012

Salah satu projek yang akan dibuat secara berterusan adelah - Projek Bahulu. Ini semua adelah atas desakan Opah yang beriya-iya suruh Puan Mama buat bahulu dan hantar ke kedai makan beliau. So Puan Mama pun saje lah try-try buat bahulu, ini lah hasilnyaaa:


Dan setakat ni dah ade tempahan untuk bulan November.

Dibuka untuk tempahan. Sesuai untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan. Dan doorgift kenduri kahwin. Harga yang berpatutan dan dijamin sedap!



14 July 2012

Hari Kantin SK Tronoh - 14072012

The title said it all - Hari Kantin SK Tronoh! Dapat tempahan dari Cikgu Syima. Kiranya Cikgu Syima ni orang tengah la. Kitorang jual kat Cikgu Syima, Cikgu Syima jual balik kat sekolah dengan harga dia seniri. Plan nak wat donat sekali, tapi tak sempat. Ditambah pulak malam semalam nya ade orang tu demam, jadi Puan Mama buat kerja saorang diri. Ini laa sikit sebanyak gambar para makanan nya.

Pertama: Para sosej roll dan cheese tart.


Kedua: Cheese tart! Duapuluhlima biji, harga kami jual RM2.00. Cikgu Syima jual kat sekolah amek untung 40sen sebijik. Tudiaa..


Ketiga: Sealer. Dah banyak jasa beliau ini. Kasik chance laa beliau masuk kat belog ni. :P


Keempat: Sosej roll dan cheese tart yang dah siap di-seal! Sosej roll doploh bijik. 50sen je kitorang jual tau, jangan tak pecaya. Sebijik sosej ade dalam tu, takde belah-belah macam orang laen buat.


Kelima: Dari kiri - Muffin pisang, cheese tart, sosej roll dan kek marble! Muffin 60sen sebijik, kek marble yang setebal 2cm tu Mama kira 70sen sebijik. MURAH GILAA BERBALOI-BALOI.


Tengahari tu, Cik Ani kabor sosej roll ngan kek marble paling laris ibarat pisang goreng panas. Cheese tart, slow sikit sebab harga yang agak, mahal - RM2.40. Muffin pun menerima naseb yang sama sebab rupa dia biasa saje. Tapi alhamdulillah, semua licinnnn jugak akhirnya.

Akhir kata, sape nak buat tempahan untuk Hari Kantin sekolah boleh ler bagitau kat keme. Kami jamin harga murah tapi tetap memuaskan anak tekak anda. Terhad untuk kawasan Seri Iskandar, Tronoh dan sekitarnya sahaja lah; melainkan anda sanggup datang amek kat umah kami. :D