Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

30 July 2016

Biskut Sarang Semut

Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua. Kali ini saya hendak berkongsi resipi Biskut Sarang Semut, yang diinspirasikan dari Blog Citarasawan. Biskut Sarang Semut adalah merupakan salah satu biskut raya yang saya gemari, jadi pada tahun ini saya merajinkan diri untuk membuatnya sendiri. Tidak sukar untuk membuatnya, hasilnya pun memuaskan, alhamdulillah. Iyalah, kuih raya yang dibuat sendiri biasanya lebih 'umph' daripada yang dibeli. Kuih ini pun hanya dibuat setelah dua minggu berhari raya. Maklumlah, bulan puasa, alasannya tidak larat hendak menghadap oven, maka buat kuih raya selepas raya pun boleh. Raya kan sebulan... 

Mari kita lihat resipinya.

BISKUT SARANG SEMUT
Inspirasi: Citarasawan
Sumber: Cendana Kasih

Bahan-bahan:
150 g tepung gandum
100 g tepung kastard
30 g tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
150 g mentega
50 g gula aising
1 sudu teh esen vanila
Chocolate rice secukupnya - untuk hiasan

Cara-cara:
1. Satukan dan ayak tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung, dan serbuk penaik bersama.
2. Pukul mentega, gula, dan esen vanila hingga sebati.
3. Satukan bahan yang diayak ke dalam mangkuk berisi bahan yang dipukul tadi, kemudian uli sehingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut keselesaan tangan sendiri untuk memarut, kemudian sejukkan doh tadi ke dalam peti ais, sekurang-kurangnya selama satu jam.


5. Setelah disejukkan, doh yang dibulatkan tadi akan mengeras dan sedia untuk diparut.
6. Parutkan doh menggunakan pemarut dan sudukan ke dalam mangkuk kertas mengikut cita rasa masing-masing.
7. Hiaskan dengan chocolate rice atau pun manik berwarna, juga mengikut cita rasa anda.
8. Bakar di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 160°C selama 20 hingga 25 minit.


Pada mulanya saya hanya mengisi separuh sahaja daripada mangkuk kertas, kemudian ia kelihatan sedikit pula. Jadi saya isikan doh yang telah diparut ke dalam mangkuk kertas sehingga ia penuh. Ha, barulah puas memakannya :)



Selamat mencuba!



16 August 2015

Chocolate Chip Fudge Cupcake

Assalamualaikum semua.

Saja nak share pasal satu lagi resipi cupcake yang Mama baru jumpa.
Setakat bulan Syawal ni, dah dua kali buat cupcake ni.
Mula-mula masa Mama buat open house untuk geng ngaji;
kali kedua masa Taman Tasik Putra jadi tuan rumah untuk Majlis Hari Raya Mukim Belanja.

Cara membuatnya agak senang, level baru kenal oven dan mixer pun boleh buat punya :)
Resipi cupcake ni diinspirasikan dari blog Intai Dapur.
Dipersilakan intai-intai blog beliau, sebab ada banyak resipi best-best!

---

CHOCOLATE CHIP FUDGE CUPCAKE
3 adunan = 50 biji cupcake saiz M

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan chocolate chip
1 biji telur (pukul sedikit)
*sedikit garam (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat. Kemudian gaul sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu, dan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam campuran minyak.
  5. Gaul sebati kesemuanya; masukkan chocolate chip.
  6. Tambahkan garam secukupnya. Gaul sehingga semua sebati.
  7. Sudukan bancuhan ke dalam paper cup (yang dah disusun dalam tray membakar).
  8. Taburkan chocolate chip (atau apa-apa yang lain--ikut citarasa masing-masing).
  9. Bakar di dalam oven selama 20-25 minit pada suhu 170°C.
So far, semua orang suka (yay!).
Even makcik-makcik dekat taman ni pun kata cupcake nya tidak lah manis sangat.
Rasanya semacam Twiggies tapi kurang manis dan takde inti coklat.
Tapi ada banyak sangat chocolate chip.
Kitorang kalau tabur chocolate chip memang tak kedekut. :p

Chocolate Chip Fudge Cupcake untuk 'open taman'

Selamat mencuba!



05 July 2013

Agar-agar Karamel Coklat


Kali ni saya nak share resipi puding feveret famili kitorang. Puding ni dibuat atas permintaan Opah sendiri sempena kenduri doa selamat besok. Sebagai anak mithali, Mama saya pun buatkan spesyel untuk beliau. Seperti biasa saya lah orang yang akan meng-uplodkan resipi ke dalam blog.

Puding ni saya pernah bawak masa jamuan form 5 dulu, dan menerima sambutan hangat baik di kalangan guru-guru mahupun rakan sekelas, ehe. Kombinasi warna kuning dan coklat tu sungguh menggoda mata yang melihatnya. Tipulah kalau anda kata anda tidak tergoda. :P


AGAR-AGAR KARAMEL COKLAT
Sumber: Aneka Puding Agar-agar (Selenggaraan Sa'adiah Mohamad) Terbitan Alaf 21

Bahan-bahan:

1 1/2 peket agar-agar
8 cawan air
2 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung jagung dan 1/2 cawan air - dibancuh
1/2 cawan coklat masakan - dicairkan guna teknik double boiler
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu cair
sedikit garam dan pewarna kuning

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 8 cawan air dan agar-agar sehingga larut
  2. Masukkan gula, susu cair, esen vanila dan garam
  3. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan
  4. Bahagikan kepada dua - satu bahagian dicampur coklat cair; satu bahagian lagi dimasukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna kuning
  5. Tuangkan agar-agar kuning dalam acuan. Apabila separuh keras, masukkan agar-agar coklat. Buat begini berselang warna jika mahu.
  6. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.




Kalau lagi kreatif, boleh buat corak marble atau pun belang-belang ala kuih lapis. Yang ini sebab nak senang dan nak cepat so Mama buat macam tu je lah. Yang penting rasanya tetap sedaap.

Sangat sesuai untuk dijadikan pemanis mulut dalam ape jua majlis. :)



10 February 2013

Cheese tart - 09022013







---

Cikgu Syima - 30 biji
Cik Illa - 30 biji
Cik Ani Jalil - 10 biji

---

CHEESE TART

SHELL
Sumber: Hana

Bahan A:
200 gm butter
100 gm icing sugar
1/4 tsp esen vanila

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
400 gm tepung
1 sudu besar susu tepung.

  1. Putar A hingga lembut.
  2. Tambahkan B putar lagi hingga gebu.
  3. Masukkan C gaul sebati.
  4. Tekan dalam acuan tart, cucuk- cucuk dengan garpu.
  5. Bakar 190 darjah celcius selama 15 menet.


CHEESE FILLING
Sumber: Azita Zain

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm icing sugar
20 gm butter

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
Jus lemon. Atau pun limau kasturi

Bahan D:
Strawberi filling/Blueberry filling

  1. Pukul A hingga licin & gebus.
  2. Masukkan B & pukul hingga sebati.
  3. Tambahkan C pukul sebati. Rasa la cukup tak manis, masamnya. Ikut citarasa sendiri.
  4. Letak stoberi/bluberi filling dalam shell, baru tuangkan cheesenya.
  5. Corakkan ikut kreativiti.
  6. Bakar 200 darjah celcius selama 10-12 menet.
---

Kitorang buat 6 adunan shell dan 7 adunan cheese filling.
Total cheese tart = 89 biji.
Cheese filling tu masih ade belen lagi.
Harga tetap RM2/ketul tapi dapat percuma seketul cheese tart.

Diskaun memang takde, tapi 'percuma satu' ade.




18 November 2012

Red Velvet Cupcake - 09102012


Heheh. Projek red velvet cupcake ni sebenarnya last week punya projek. 10/11/12 punya projek. Mak Long yang order untuk majlis bertunang adiknya. Selain daripada red velvet cupcake 30 bijik, Mak Long ade jugak order bahulu cermai 100 biji ngan bahulu ikan.

Kitorang pulak memang dah lama teringin nak cuba try test nozzle set yang dibeli online kat Wilton beberapa bulan yang lepas. Memang beginner set untuk deko kek. Ade nozzle, coupler, piping bag, pewarna, dan of course, buku panduan. So bila Mak Long tanya boleh buat red velvet tak? Mama terus setuju untuk buat. :)

Mama buat dua jenis adunan untuk red velvet cupcake ni; satu yang Wah Seng ready-mix, satu lagi yang Mama bancuh sendiri adunan nya.



Yang dalam tray tu (kiri) yang adunan Mama sendiri. Yang atas redai tu (kanan) yang Wah Seng ready-mix punya red velvet. Rasa nya? Buat sendiri lagi sedap daripada yang ready-mix!

Bila dah siap cupcake nya, ade satu benda lagi yang memerlukan pemerahan otak - nak mencorakkan nya! Hah. Disebabkan masa yang agak terhad, Mama pakai buttercream icing jek. Red velvet ni kalau ikut kan lawan nya dengan cream cheese, tapi takpe la tu lain kali punya order boleh buat.

Asal nya kitorang nak pakai resipi buttercream oleh kembang kempis, tapi menunggu orang yang beli krimwell tak sampai-sampai, kitorang pakai resipi yang Wilton bagi. Belasah aje lah. Yang penting sodap. Sebabnya cupcake nya nak dihantar malam itu jugak.

Sebenarnya kitorang nak pipe buttercream tu corak bunga ros, tapi baru perasan yang dalam set tu takde tip untuk bunga ros besar, isk isk. So Mama kata pipe kan aje bunga kecik-kecik, lepas tu letakkan bunga ros wafer atas nya. Tadaa. Setel masalah. Wafer bunga ros kitorang beli kat Aroma Kek Taman Maju dengan harga RM29.90 dapat 200 pcs medium-sized rose wafer.


Ni laa gambar yang saya dok promot kat fesbuk. Heheh. Mengancam tak? Ni semua hasil kerja Mama, cun je kan? Kira oke la untuk first-timer. Nanti dah banyak kali buat mesti makin oke. Bila dah cukup semua 30 bijik, Mama bagi can kat saya pulak pegang piping bag. Wahaha pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah ku tunggu-tunggu saat itu! Saya pun gatal tangan nak buat bunga ros, tak berapa jadi sebab tip tu bukan untuk rosette. Gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera fon jek.



Ini cupcake kitorang buat memang saiz L punya. Diameter bawah 5cm, diameter atas dalam 7 cm lebih kurang. Memang besor. Tapi kitorang kira RM2 je seketul. Tengok dalam blog orang lain red velvet yang saiz L boleh mencecah harga RM5 seketul. Pergh. Tapi memang la, sebab kalau pakai cream cheese frosting memang akan jadi mahal, ye ar, cheese kot.

Oke. Resipi untuk red velvet cupcake ni Mama ambil dari Anna Qaseh AzZahra. Trimas Anna Qawina!

---

RED VELVET CUPCAKE
2 adunan = 35 biji cupcake saiz L

Bahan-bahan

A:
300 g tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar* Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @ cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240 ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cara-cara:
  1. Ayak (A) - ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan. Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang-seli dgn buttermilk - pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese frosting --> tapi kitorang ganti dengan buttercream.

---

Sesape nak ode red velvet cupcake boleh laa roger-roger saya. Harga depend pada saiz, bilangan dan frosting nya.

Sekian, terima kaseh.



24 August 2012

Resipi Biskut Coklat


Biskut ni adelah biskut wajip kitorang setiap kali raya. Rupa je buruk, kembang, tapi sekali makan mesti nak lagi. Famili & jiran panggil biskut ni Biskut Cokelat Along sebab awok ni tukang buat nyer! Deme panggil awok Along, anak sulung lah kate kann. Jom tengok resipi nya:

Resipi dipetik dari ANEKA BISKUT MODEN (Selenggaraan Puan Sa'adiah Mohamad; Terbitan ALAF 21 SDN BHD)

Bahan-bahan:

336 g tepung gandum
196 g mentega (selalu guna Planta)
168 g gula kastor
3 sudu besar serbuk koko (selalu guna Van Houten)
1 bijik kuning telur (dan putih telur jangan buang)
1 sudu kecik serbuk penaik
1/2 sudu kecik esen vanila (lebih sikit pun boleh. Bagi hilang bau telur!)
Chocolate rice ikut suka hati dan cita rasa masing-masing.

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Pukul kuning telur ngan esen vanila.
  3. Masukkan mentega ngan gula kastor. Pukul bagi kembang - sampai berkrim.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi. Gaul sebati.
  5. Canaikan adunan tadi. Tebal dalam 1 cm kira cantek la, sebab nak nampak dia berlapis-lapis.
  6. Terap pakai acuan yang korang suka.
  7. Sapu putih telur atas dia, baru tabur chocolate rice ikut cita rasa masing-masing.

Macam biasa lah, biskut tu kena susun dalam oven tray yang dah disapu planta terlebih dahulu. Susun biskut atas tray tu tak buley dekat sangat sebab dia ade possibilities untuk mengembanggg.

Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius! Awok suka biar dia hangit sikit, sebab bila makan rasa pahit hangit tu berlawan dengan manis cokelat adelah sedap! Terpulang pada citarasa masing-masing.

Selamat mencoba!