Showing posts with label deko. Show all posts
Showing posts with label deko. Show all posts

17 December 2012

Cupcake Level 1.1 Wah Seng

Assalam 'alaykum.

Pada hari Jumaat yang lepas, saya berkesempatan mengikuti kelas Cupcake Level 1.1 kat Wah Seng Ipoh. Chef yang bertugas adelah Chef Nuraine Tan. Memang banyak 'rahsia' membuat kek yang saya dapat dari kelas tersebut.

Kalau nak tahu, hampir semua participant adelah mokcik-mokcik yang dah nak pencen atau memang dah pencen pun. Dan mokcik-mokcik ni bukan mokcik sebarangan. Mokcik pakai iPadd kott! Wahaha kalah aku yang muda ni, iskkk. Memang bila bercakap pun english jee. Pergh.

Yang paling muda adelah sorang budak LELAKI cina, umur nya 11 tahun. Fuhh tabik spring lah. Ni satu bagus nya orang Cina, diorang memang dari kecik lagi dah dididik untuk belajar banyak skill. Sanggup dia hantar anak dia umur sebelas tahun kot, pegi belajar buat cupcake. Kalau budak Melayu... Hemmmm harapan arrr. Umur sebelas tahun sebok main twitter, fesbuk, Angry Bird jek! Heh.

Oke lah. Cukup tu membebel. Tengok la gambor yang tak berapa nak cantik sebab lighting agak kurenggg. Belasah aje lah asalkan ade rekod dalam belog!


Bunga-bungaan je dulu.


Wahaha ni lah dia cupcake yang dah siap 100%.



Okeee tu je byee.



18 November 2012

Red Velvet Cupcake - 09102012


Heheh. Projek red velvet cupcake ni sebenarnya last week punya projek. 10/11/12 punya projek. Mak Long yang order untuk majlis bertunang adiknya. Selain daripada red velvet cupcake 30 bijik, Mak Long ade jugak order bahulu cermai 100 biji ngan bahulu ikan.

Kitorang pulak memang dah lama teringin nak cuba try test nozzle set yang dibeli online kat Wilton beberapa bulan yang lepas. Memang beginner set untuk deko kek. Ade nozzle, coupler, piping bag, pewarna, dan of course, buku panduan. So bila Mak Long tanya boleh buat red velvet tak? Mama terus setuju untuk buat. :)

Mama buat dua jenis adunan untuk red velvet cupcake ni; satu yang Wah Seng ready-mix, satu lagi yang Mama bancuh sendiri adunan nya.



Yang dalam tray tu (kiri) yang adunan Mama sendiri. Yang atas redai tu (kanan) yang Wah Seng ready-mix punya red velvet. Rasa nya? Buat sendiri lagi sedap daripada yang ready-mix!

Bila dah siap cupcake nya, ade satu benda lagi yang memerlukan pemerahan otak - nak mencorakkan nya! Hah. Disebabkan masa yang agak terhad, Mama pakai buttercream icing jek. Red velvet ni kalau ikut kan lawan nya dengan cream cheese, tapi takpe la tu lain kali punya order boleh buat.

Asal nya kitorang nak pakai resipi buttercream oleh kembang kempis, tapi menunggu orang yang beli krimwell tak sampai-sampai, kitorang pakai resipi yang Wilton bagi. Belasah aje lah. Yang penting sodap. Sebabnya cupcake nya nak dihantar malam itu jugak.

Sebenarnya kitorang nak pipe buttercream tu corak bunga ros, tapi baru perasan yang dalam set tu takde tip untuk bunga ros besar, isk isk. So Mama kata pipe kan aje bunga kecik-kecik, lepas tu letakkan bunga ros wafer atas nya. Tadaa. Setel masalah. Wafer bunga ros kitorang beli kat Aroma Kek Taman Maju dengan harga RM29.90 dapat 200 pcs medium-sized rose wafer.


Ni laa gambar yang saya dok promot kat fesbuk. Heheh. Mengancam tak? Ni semua hasil kerja Mama, cun je kan? Kira oke la untuk first-timer. Nanti dah banyak kali buat mesti makin oke. Bila dah cukup semua 30 bijik, Mama bagi can kat saya pulak pegang piping bag. Wahaha pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah ku tunggu-tunggu saat itu! Saya pun gatal tangan nak buat bunga ros, tak berapa jadi sebab tip tu bukan untuk rosette. Gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera fon jek.



Ini cupcake kitorang buat memang saiz L punya. Diameter bawah 5cm, diameter atas dalam 7 cm lebih kurang. Memang besor. Tapi kitorang kira RM2 je seketul. Tengok dalam blog orang lain red velvet yang saiz L boleh mencecah harga RM5 seketul. Pergh. Tapi memang la, sebab kalau pakai cream cheese frosting memang akan jadi mahal, ye ar, cheese kot.

Oke. Resipi untuk red velvet cupcake ni Mama ambil dari Anna Qaseh AzZahra. Trimas Anna Qawina!

---

RED VELVET CUPCAKE
2 adunan = 35 biji cupcake saiz L

Bahan-bahan

A:
300 g tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar* Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @ cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240 ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cara-cara:
  1. Ayak (A) - ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan. Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang-seli dgn buttermilk - pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese frosting --> tapi kitorang ganti dengan buttercream.

---

Sesape nak ode red velvet cupcake boleh laa roger-roger saya. Harga depend pada saiz, bilangan dan frosting nya.

Sekian, terima kaseh.