Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

23 March 2017

Goodies majlis perkahwinan

Apa khabar semuanya? Lama betul tidak bersiaran.

Minggu lepas saya dan Mama disibukkan dengan projek goodies. Tidaklah banyak mana pun, cuma hampir dua ratus bungkus goodies (atau nama lainnya door gift) sahaja. Begnya pula adalah beg kertas bertali yang bermotifkan flora.

Setiap goodies bag diisi dengan sekotak butter cookies yang beratnya lebih kurang 90 gram, dan setiap satu daripadanya mengandungi 15 keping cookies. Jenama yang kami gunakan adalah terdiri daripada White Castle Butter Cookies, Kellie's Castle Butter Cookies, dan Royal British Butter Cookies.

Pada beg kertasnya pula, kami tampalkan stiker 'Terima Kasih'.
       
Contoh butter cookies di dalam pek 90 gram, pelbagai perisa.

Sebenarnya ini adalah projek tak terjangka, kami sekadar membantu dalam pembungkusan semata-mata. Cookiesnya, begnya, dan stikernya, semua dipilih dan dibeli sendiri oleh Cik Ani. Goodies ini, menurut Cik Ani, adalah untuk majlis perkahwinan adiknya yang telah pun selamat dilangsungkan pada hujung minggu yang lalu.

Pada saya, goodies begini agak ringkas kerjanya, dan yang paling penting ia memuaskan. Iyalah, siapa tidak suka butter cookies, kan? Bukannya sekeping dua, tetapi sekotak! Cukup untuk dibuat minum petang, cicah kopi o pekat pula, memang umph!

Ada siapa-siapa mahu tempah goodies yang serba ringkas tetapi memuaskan ini? Bolehlah tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi pada ruangan komen. Atau hantar sahaja e-mail kepada syuhadaadros@gmail.com.

Berkenaan harga, jenis beg, isi goodies/door gift, serta bilangannya kita boleh bincang kemudian.



20 February 2015

Muffin


Minggu lepas ada buat muffin 200 biji, tempahan dari Nadia untuk majlis perkahwinannya pada 14 Februari yang lepas. Kitorang buat muffin perisa oren dan perisa vanilla. Yang vanila tu kitorang letak chocolate chip.

Muffin tu kitorang kira RM0.80 sebiji, campur dengan plastic casing RM0.20, so total RM1.00 semuanya.

Hari Jumaat tu kelam kabut nak pergi hantar so tak sempat nak ambil gambar muffin yang dah siap pack dalam plastic casing. Gambar yang atas tu je lah yang hado.

Muffin ni agak besar sebenarnya, rasa macam murah pulak dikira RM0.80 sebiji. Nak-nak masa tu kitorang baru lepas tengok muffin yang dijual kat KLIA dengan harga RM8.80 sebiji! Harga macam langit dan bumi. Tapi yelah, mana boleh banding KLIA dengan Tronoh. Kat KLIA memang la mahal, kan. So next time mungkin kitorang akan pakai papercup yang kecik siket, tapi dengan harga yang sama.

---



Yang atas ni pulak muffin kitorang buat dah zaman tok kaduk, tapi lupa nak upload dalam blog, hehe.
Ini muffin pisang with chocolate rice kalau tak silap.
Lepas tu ade buttercream frosting dengan deco chocolate chip.
Bila dah siap frosting tu rasa macam best pulak sebab hasilnya boleh kira okay lah jugak, haha.

Okes, itu sahaja sekian wassalam. :)



09 February 2013

Roti kosong, roti kacang & roti sardin - 08022013

Buat pertama kalinya entri takdek gambor.

Semalam buat roti langsung tak sempat nak amek gambar, tskk.

Tempahan dari Cik Su - roti kosong 100 biji. (102 biji)
Roti sardin - 15 bantal (90 biji)
Roti kacang - 10 bantal (60 biji)
So roughly total roti yang dibuat semalam = 252 biji.

Biar benor? Fuhh banyak gaks rupanya.

Roti sosej pun ade. 48 biji. Tapi yang ni banyak masuk mulut sendiri hahaha.

---

Satu bantal roti ade 6 ketul, harga RM3/bantal.
Roti sosej RM1/ketul. 



18 November 2012

Red Velvet Cupcake - 09102012


Heheh. Projek red velvet cupcake ni sebenarnya last week punya projek. 10/11/12 punya projek. Mak Long yang order untuk majlis bertunang adiknya. Selain daripada red velvet cupcake 30 bijik, Mak Long ade jugak order bahulu cermai 100 biji ngan bahulu ikan.

Kitorang pulak memang dah lama teringin nak cuba try test nozzle set yang dibeli online kat Wilton beberapa bulan yang lepas. Memang beginner set untuk deko kek. Ade nozzle, coupler, piping bag, pewarna, dan of course, buku panduan. So bila Mak Long tanya boleh buat red velvet tak? Mama terus setuju untuk buat. :)

Mama buat dua jenis adunan untuk red velvet cupcake ni; satu yang Wah Seng ready-mix, satu lagi yang Mama bancuh sendiri adunan nya.



Yang dalam tray tu (kiri) yang adunan Mama sendiri. Yang atas redai tu (kanan) yang Wah Seng ready-mix punya red velvet. Rasa nya? Buat sendiri lagi sedap daripada yang ready-mix!

Bila dah siap cupcake nya, ade satu benda lagi yang memerlukan pemerahan otak - nak mencorakkan nya! Hah. Disebabkan masa yang agak terhad, Mama pakai buttercream icing jek. Red velvet ni kalau ikut kan lawan nya dengan cream cheese, tapi takpe la tu lain kali punya order boleh buat.

Asal nya kitorang nak pakai resipi buttercream oleh kembang kempis, tapi menunggu orang yang beli krimwell tak sampai-sampai, kitorang pakai resipi yang Wilton bagi. Belasah aje lah. Yang penting sodap. Sebabnya cupcake nya nak dihantar malam itu jugak.

Sebenarnya kitorang nak pipe buttercream tu corak bunga ros, tapi baru perasan yang dalam set tu takde tip untuk bunga ros besar, isk isk. So Mama kata pipe kan aje bunga kecik-kecik, lepas tu letakkan bunga ros wafer atas nya. Tadaa. Setel masalah. Wafer bunga ros kitorang beli kat Aroma Kek Taman Maju dengan harga RM29.90 dapat 200 pcs medium-sized rose wafer.


Ni laa gambar yang saya dok promot kat fesbuk. Heheh. Mengancam tak? Ni semua hasil kerja Mama, cun je kan? Kira oke la untuk first-timer. Nanti dah banyak kali buat mesti makin oke. Bila dah cukup semua 30 bijik, Mama bagi can kat saya pulak pegang piping bag. Wahaha pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah ku tunggu-tunggu saat itu! Saya pun gatal tangan nak buat bunga ros, tak berapa jadi sebab tip tu bukan untuk rosette. Gambar tak berapa cantek sebab pakai kamera fon jek.



Ini cupcake kitorang buat memang saiz L punya. Diameter bawah 5cm, diameter atas dalam 7 cm lebih kurang. Memang besor. Tapi kitorang kira RM2 je seketul. Tengok dalam blog orang lain red velvet yang saiz L boleh mencecah harga RM5 seketul. Pergh. Tapi memang la, sebab kalau pakai cream cheese frosting memang akan jadi mahal, ye ar, cheese kot.

Oke. Resipi untuk red velvet cupcake ni Mama ambil dari Anna Qaseh AzZahra. Trimas Anna Qawina!

---

RED VELVET CUPCAKE
2 adunan = 35 biji cupcake saiz L

Bahan-bahan

A:
300 g tepung gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar* Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @ cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240 ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cara-cara:
  1. Ayak (A) - ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan. Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D) - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yang diselang-seli dgn buttermilk - pukul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan cream cheese frosting --> tapi kitorang ganti dengan buttercream.

---

Sesape nak ode red velvet cupcake boleh laa roger-roger saya. Harga depend pada saiz, bilangan dan frosting nya.

Sekian, terima kaseh.



13 June 2012

900 biji bahulu Cik Mie - 09062012

Ini adalah tempahan yang TERbanyak setakat ini. Bahulu sebanyak 900 biji. Memang sampai longuh kaki den membueknyo, tapi berbaloi-baloi bila tengok bahulu yang gebuss. Itu masa mula-mula lah, bila dah banyak-banyak haaa kau. Baru rasa jemu dengan bahulu. Hehe.

Kami buat perisa pandan, oren dan plain. Bahulu plain kami letak chocolate rice di atas nya. Kemudian ada juga bahulu perisa coklat dan keladi, tapi tak banyak. Pertama sebab bahulu coklat tak berapa comey, kedua SEBAB PERISA KELADI HABIS! Isk. Paling gebuss sekali bahulu pandan. Sila rujuk gambar:



Bahulu keladi yang limited edition dan mendapat sambutan hangat di kalangan jiran tetangga. Rujuk gambar:


Bahulu plain paling cantik. Tak terlalu kembung, dan tak pecah. Sedang elok. Untuk masa hadapan mungkin akan lebihkan kat bahulu plain ber-chocolate rice ni.



Proses mem-packing. Mula-mula ingatkan Cik Mie nak pack sendiri, jadi kami masukkan dalam kotak dulu.


Rupanya Cik Mie nak kami pack-kan dalam beg kertas. Cik Mie hantar beg kertas tu pada pagi hari kenduri! Mentang-mentang rumah dekat. Kelam-kabut dibuatnya nak pack semua bahulu dalam beg kertas. Tapi semua sempat settle alhamdulillah. :)


Setelah beberapa hari berlalu, kami buat survey di kalangan jiran tetangga, oke ke tidak bahulu nya. Hasil survey, ramai yang minat perisa oren. Tapi kami yang buat ni pun takde makan bahulu perisa oren tu. Dan yang paling best nya, they're asking for moar! Makna nya, menjadi lah tuu! :D

Sekian sahaja untuk kali ini! :)