Showing posts with label cheese tart. Show all posts
Showing posts with label cheese tart. Show all posts

25 May 2013

Cheese tart - 24052013


Siap pun packing semua, yeay!

Tapi tangan ni gatal nak hapdet blog, hihi.

So kali ni kitorang dapat tempahan dari cikgu, katanya untuk majlis bertunang adik dia.

Beliau order 60 bijik.

Kali ni kitorang buat 5 adunan untuk shell,
4 adunan untuk cheese filling.

5 adunan dapat lebih kurang 100 biji.
Macam kompius gak sebab dalam entri ni saya tulis 6 adunan shell dapat 89 biji.
Tapi kali ni 5 adunan je boleh dapat sampai 100, dah terlebih lah pulak.

Tapi takpe sebab yang lebih boleh buat makan sendiri.

:D

Oh BTW, nah resipi di sini.
Atau pun klik aje kat SENARAI RESIPI kat atas tu.

Byee sehingga bertemu lagi di lain masa.



10 February 2013

Cheese tart - 09022013







---

Cikgu Syima - 30 biji
Cik Illa - 30 biji
Cik Ani Jalil - 10 biji

---

CHEESE TART

SHELL
Sumber: Hana

Bahan A:
200 gm butter
100 gm icing sugar
1/4 tsp esen vanila

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
400 gm tepung
1 sudu besar susu tepung.

  1. Putar A hingga lembut.
  2. Tambahkan B putar lagi hingga gebu.
  3. Masukkan C gaul sebati.
  4. Tekan dalam acuan tart, cucuk- cucuk dengan garpu.
  5. Bakar 190 darjah celcius selama 15 menet.


CHEESE FILLING
Sumber: Azita Zain

Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm icing sugar
20 gm butter

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
Jus lemon. Atau pun limau kasturi

Bahan D:
Strawberi filling/Blueberry filling

  1. Pukul A hingga licin & gebus.
  2. Masukkan B & pukul hingga sebati.
  3. Tambahkan C pukul sebati. Rasa la cukup tak manis, masamnya. Ikut citarasa sendiri.
  4. Letak stoberi/bluberi filling dalam shell, baru tuangkan cheesenya.
  5. Corakkan ikut kreativiti.
  6. Bakar 200 darjah celcius selama 10-12 menet.
---

Kitorang buat 6 adunan shell dan 7 adunan cheese filling.
Total cheese tart = 89 biji.
Cheese filling tu masih ade belen lagi.
Harga tetap RM2/ketul tapi dapat percuma seketul cheese tart.

Diskaun memang takde, tapi 'percuma satu' ade.




18 September 2012

Cheese tart + Tart telur untuk Ani - 16092012

Terimakaseh kepada Ani yang support bisnes kecil-kecilan kitorang ni. Dah la datang jauh-jauh dari Ipoh, memang gigih!

Senarai ode nya adelah:
  • 3 cheese tart stoberi
  • 2 cheese tart bluberi
  • 5 tart telur
Harap Ani berpuas hati dengan rasa tart tu. :)




Disebabkan kat rumah ni tart telur kurang mendapat sambutan, so baki tart telur yang tinggal dibawa oleh Angah ke Shah Alam. Takde lah membazir.

BTW diameter cheese tart ni lebih kurang 7cm (memang besar, puas makan!) dan tinggi lebih kurang 2.5 cm. Inti memang banyak. Boleh tengok gambar kat sini.

Berminat? Boleh la buat tempahan. Harga murah saja maa. Tak menyesal punya woo.



14 July 2012

Random pix - Bila cheese tart di belah dua



Saiz:
Diameter 7cm
Tinggi 2.5cm



Hari Kantin SK Tronoh - 14072012

The title said it all - Hari Kantin SK Tronoh! Dapat tempahan dari Cikgu Syima. Kiranya Cikgu Syima ni orang tengah la. Kitorang jual kat Cikgu Syima, Cikgu Syima jual balik kat sekolah dengan harga dia seniri. Plan nak wat donat sekali, tapi tak sempat. Ditambah pulak malam semalam nya ade orang tu demam, jadi Puan Mama buat kerja saorang diri. Ini laa sikit sebanyak gambar para makanan nya.

Pertama: Para sosej roll dan cheese tart.


Kedua: Cheese tart! Duapuluhlima biji, harga kami jual RM2.00. Cikgu Syima jual kat sekolah amek untung 40sen sebijik. Tudiaa..


Ketiga: Sealer. Dah banyak jasa beliau ini. Kasik chance laa beliau masuk kat belog ni. :P


Keempat: Sosej roll dan cheese tart yang dah siap di-seal! Sosej roll doploh bijik. 50sen je kitorang jual tau, jangan tak pecaya. Sebijik sosej ade dalam tu, takde belah-belah macam orang laen buat.


Kelima: Dari kiri - Muffin pisang, cheese tart, sosej roll dan kek marble! Muffin 60sen sebijik, kek marble yang setebal 2cm tu Mama kira 70sen sebijik. MURAH GILAA BERBALOI-BALOI.


Tengahari tu, Cik Ani kabor sosej roll ngan kek marble paling laris ibarat pisang goreng panas. Cheese tart, slow sikit sebab harga yang agak, mahal - RM2.40. Muffin pun menerima naseb yang sama sebab rupa dia biasa saje. Tapi alhamdulillah, semua licinnnn jugak akhirnya.

Akhir kata, sape nak buat tempahan untuk Hari Kantin sekolah boleh ler bagitau kat keme. Kami jamin harga murah tapi tetap memuaskan anak tekak anda. Terhad untuk kawasan Seri Iskandar, Tronoh dan sekitarnya sahaja lah; melainkan anda sanggup datang amek kat umah kami. :D



09 July 2012

Cheeeeese Tart lagi! Dan tart telur juge~ - 30062012

Bertemu kembali!

Heh. Ini tempahan punya la dah lame, 30 Jun yang lepas tapi baru nak masuk blog. Sebenarnya tempahan 20 biji minima untuk cheese tart tu bukan lah compulsory. Macam untuk batch yang ni, kami dapat tempahan dari beberapa orang - sebanyak 55 biji semua nya.

Sistem nya mudah aje, kami akan hebahkan hari apa kami nak buat cheese tart, dan lepas tu kami akan kumpulkan tempahan. Cuma nya style macam ni cuma orang dalam taman ni je la yang tahu. Orang yang jauh-jauh tak dapek la den nak nolong eh! Sebab kami bukan macam kedai bakery lain yang buat hari-hari, kami buat bila kami rasa nak buat dan bila ade permintaan tinggi. Well, we're the boss kan? :P


Perasan tak? Corak bunga dah lain sikit. Yang baru ni lagi cun! Yang lama punya style tu ade budak cakap macam rupa cicak, isk isk.




Tada.. Gambar kat bawah ni yang paling saya suka sekali! Mama menuang kan cheeeeese. Tu sebelah dia filling stoberi. Memang banyak filling nya saya bubuh. Tak kedekut filling punyaa. :D Yang kuning tu tart telor.



Petang tu, Cik Idah yang asalnya cuma ode 6 bijik, tambah lagi 9 bijik. Cik Ila pulak memang ode 15 bijik. Selain daripada tu ade jugak kawan Yagg ode 20 bijik & Cik Normah 5 bijik. Maka semua sekali tempahan berjumlah 55 bijik. :D



16 June 2012

Cheese Tart untuk Pipah - 14062012

Cheese tart strawberry/blueberry filling - RM2.00 each. Minimum order - 20 biji.

Gambar dah lame edit tapi punya lah malas nak updet. *slap myself* Tanpa membuang masa, mari saya tunjukkan gambar-gambar cheese tart yang kami buat untuk Pipah hari tu. Drum roll pleaseeeee...

Shell in da making. Me tukang cucuk ngan garpu jewww.

Yang ni agak garing sikit shell nya. Tu dia filling stoberi.

Satu tray muat 40 bijik shell. Yang merah stroberi, yang [tak nampak macam] purple tu bluberi.

The star of the tart - CHEESE!

Sebelum masuk oven.

Baru keluar dari oven! Kasik zoom kat sekalian stroberi cheese. Gambar ni mendapat sambutan hangat kat FB. :D

Kasik zoom sama itu sekalian bluberi pulok. Mujur ade Mama punya set vintage. Lawo sikit background.

EAT ME! EAT ME! ME SOOOO YUMMEH! TRUST ME! - I hear it screams like that -___-

Tahukah anda bahawa cheese tart ini jauuuuh jalan nya, hingga ke Terengganu sana. Alhamdulillah cheese tart sekalian telah selamat dimakan oleh famili Pipah kat Terengganu. :) Dan yang paling best nya Pipah puas hati. Berikut adelah mesej yang dihantar oleh Pipah:

Ada, aku tak sangka besarr gilerrr tart ko!!! Aku beli hari tu separuh kot dari yang ko buat, harga sama je.. Kira yang ko buat memang murah! Lepas tu filling banyak kot!!

Yay respon positif! :D Gambar yang di post kat FB pun dapat sambutan hangat. Tak kurang juga yang menanyakan resipi. Yang sebenarnya, kami tak guna resipi rahsia pun. Semua pun dengan bantuan Chef Google. Dan sudah semestinya skill Mama memainkan peranan yang sangat penting.

But on top of all, Allah yang bagi sedap! :D